Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 6 July 2011

Buat perangai??

Salam..

Tak de intro dah.. straight to the story ye..

Hasif jarang buat perangai.. Cikgu2 kat sekolah dia selalu cakap senang nak control hasif, senang nak ajar hasif. Ikuttt je.. tak ada banyak masalah nak handle dia..

Start dari minggu lepas Hasif start buat perangai (???). Tak tahu lah nak kata buat perangai ke apa tapi setiap kali tiba waktu makan (snack time), dia pun start enjin menangis dia.. huhu.. Minggu ni pun sama. Pagi tadi plak dah buat satu perangai lagi. Bila aku lambai untuk lepaskan dia ke kelas, jangankan nak membalas. Siap protes sambil hempaskan punggung ke lantai.. Muka plak cebik2 nak nangis.. Aduhai anak.. kenapa la jadi camni.. Mana perginya anak ibu yang cikgu2 cakap budak baik tu....?? :(

Ni video masa dia masih 'budak baik'.. 
kan bagus kalau dia mcm ni selalu..

Snack time hari ni pun sama. Teacher Helen (one of the teacher), ambil peranan hari ni. Layan dia makan sorang2.. Cam putera raja la lebih kurang..hehe.. Cuma makan still kena suap sendiri la..  Nampak ok walaupun kadang2 cebik2 muka jugak dan kadang2 siap larikan diri dengan mengundurkan kerusinya jauh dari teachernya itu.. Hmm..macam2..

Aku luahkan kerisauan kepada kawan2 yang turut menunggu anak masing2 di situ. Kata mereka mungkin Hasif penat dengan jadual baru yg padat, agak lama dan 3 kali seminggu. Dulu kan 1 kali seminggu & 1 jam aje sekali datang tu.. Mungkin ada betulnya juga. 1st & 2nd week dia still okay. Mungkin excited dgn benda2 baru. Masuk minggu 3 & 4 dia rasa letih agaknya. Harapnya dia cepatla kembali kepada sifat asalnya.. Susah hati aku dibuatnya..

Oh ye.. si Hasif ni menangis masa snack time je tau. Habis je snack time dia ceria semula. Suka sangat dapat main & menyanyi2. Balik rumah asyik duk buat isyarat (bahasa isyarat) je.. Excited jugak nak pegi sekolah lagi walaupun nangis2 masa kat sekolah. Dah nak tido siap bawa beg lagi ke hulu ke hilir. Dia masukkan beg dia sendiri sbb tu beg tu dibawa cenggitu..hehe..


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: