Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 21 July 2011

Masalah pendengaran pulak?

Salam..

ABR test..
Last week, appoinment dgn audiologist...

Berita kurang best jugak.. Melalui ujian ABR/ BERA, audiologist kata ada masalah pendengaran tahap sederhana. Kiri 60db (desibel), kanan 50db. Hmmmm..haruskah aku mengeluh...sedangkan sudah kudalami ilmu yg anak2 yg teristimewa ini memang biasanya akan mengalami masalah penglihatan, pendengaran... Sabarlah hati..

Kemudian, bertemu dgn pakar telinga. Beliau sahkan ada cecair di belakang gegendang telinga. Berita baiknya..cecair ini boleh kering. Sejenis syrup (zyrtec) diberikan kepada hasif utk 3 bulan dan selepas itu ujian ABR akan dilakukan sekali lagi untuk melihat sama ada masih ada masalah pendengaran atau berkurangan. Kemudian, kembali ke pakar telinga untuk check-up dan seterusnya mengesahkan sama ada cecair tersebut sudah kering atau tidak. Kalau tak ada masalah, alhamdulillah.. Jika cecair still ada, minor operation akan dilakukan untuk menyedut keluar cecair tersebut. Masalah pendengaran akan beri impak yang besar kepada pertuturan Hasif dan aku memang amat menitik beratkan hal pertuturan ni..

Semakin dia besar, semakin aku lihat memang yg teristimewa ini seorg manusia yg 'vulnerable'..(cam lagu roxxette je kan.. :D). Never mind... ibu akan cuba sesuaikan diri dengan pelbagai masalah, pelbagai kekurangan mu hai anak.. Cuma ibu amat berharap, semoga dirimu diberi kesihatan yg baik sentiasa.. Ibu tak sanggup melihatmu dalam kesakitan selalu... luv u always...


Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: