Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 28 July 2011

Masuk hospital lagi..

Salam.. 

Aku bersiaran dari hospital kali ni..

Ujian datang lagi tapi aku redha.. Kawan2 di FB dah tau, cuma di blog ni agak lambat aku nak menulis & bercerita apa yg terjadi.. Macam la ramai benor nak membacanya ye.. :D

Pernah baca tak post aku tahun lepas yg bertajuk ' jatuh dari baby cot?' klik sini kalau nak baca ye.. Sejarah berulang..tapi kali ni benar2 terjatuh dan aku mendengar bunyi yg membuatkan jantung aku rasa terhenti masa kejadian berlaku.

Ianya berlaku semasa aku menunaikan solat maghrib. Tengah bagi salam masa tu.. Aku berlari mendapatkan hasif di bilik sebelah. Aku angkat Hasif sambil mulut bising memarahi abang kerana sebelum aku bersolat, berkali2 aku pesan dengannya, "jaga adik..jaga adik.., ibu solat jap.." Masa dalam keadaan marah tu, aku perasan yg hasif tidak menangis. Aku pandang dia, aku dengar suara mengerang yg sangat perlahan diikuti dengan keadaan tangan & kakinya mengeras. Terjerit aku melihatnya.. Aku panggil namanya berulang kali, still macam tu jugak.. Dan aku pun perasan yg hasif diserang sawan. Aku panik, panik & panik.. Hasif tidak pernah kena sawan. Aku lansung tak ingat nak buat apa..aku letak hasif ke atas katil untuk memastikan betul ke dia kena sawan. Jelas kelihatan di mataku kaki tangan hasif mengeras dan mata naik ke atas. Mukanya pula bertukar kebiru2an.. Aku memanggil2 hasif, berulang2 kali..sama laju dengan air mata. Nak berlari ke rumah jiran tapi aku masih dengan kain sembahyang.. Aku angkat hasif, bawa ke ruang tamu..aku tepuk2 belakangnya...sambil terus menjerit2 memanggil namanya.. tiba2 tubuhnya yg mengeras menjadi lembik. Jeritanku terhenti.. aku melepaskan dia dari pelukan ku... Aku tengok mukanya, dia pun tengok aku dan spontan dia tersenyum kecil... Oh tuhan.. aku meraung waktu tu sambil memeluknya.. Besar sungguh dugaan membesarkan Hasif ni.. Aku redha dengan segala kekurangannya tanpa ada resah gelisah. Tapi dugaan kali ni buat aku jadi separuh gila..dan aku tak mampu menanganinya sedikitpun walaupun dah berkali2 membaca cara menangani anak yg sedang sawan.

Aku menelefon encik hubby yg berada di seberang laut china selatan - outstation. Aku di suruh membawa hasif ke hospital sebagai langkah berjaga2. Dengan air mata juga aku memberitahu Kak Tie (jiranku), memohon untuk dia menjaga abang dan kakak semasa aku membawa Hasif ke hospital. Syukur aku punya jiran yang sangat mudah berkongsi suka duka.  

Aku ke Tropicana Medical Centre, hospital panel encik hubby. Tidak ke PPUM. Terlalu jauh untuk ku bersendirian membawanya di malam hari dengan keadaannya yang masih lemah dan pucat. Sampai ke sana, dengan air mata juga aku bercerita kepada doc..Murahnya air mata waktu tu.. Layanan yg diberikan sangat2 baik & bagus.. Cuma bila ke tempat baru, byk soal selidik dibuat sbb hasif tiada fail di situ. Semua history dia tersimpan dalam fail tebal di PPUM. Aku jawab setakat yg mampu. Sekejap lepas tu, hasif diberi ubat tidur supaya dia tak bergerak2 semasa CT Scan (Brain) dilakukan. Masa Hasif mamai2, dia sudah di bawa ke bilik tersebut. Bila letak atas pembaringan utk memulakan CT scan tu, dia jadi segar balik. Duk bergerak2 sampai proses terpaksa dilakukan 3 kali kerana imej yang dirakamkan tidak jelas..

tengah tggu doktor bagi balik rumah..
 Settle semua.. baru masuk ke wad. Biliknya memang amat selesa.. Hasif pun dah lena sesangat kesan ubat tidur yang diberikan. Memandangkan keadaan bilik yg selesa aku membuat keputusan untuk membawa abang & kakak ke sini juga. Kutinggalkan hasif di bawah jagaan nurse dan membawa mereka ke sini. Berkampunglah kami di sini. Masuk hari ni dah 2 hari. Harap sangat boleh discharge secepat mungkin.. Hasif pun dalam keadaan yg baik. Tiada serangan sawan kali kedua. Doktor mengatakan serangan itu berlaku kemungkinan besar kerana mengalami gegaran otak semasa kejadian. CT scan juga tidak menunjukkan sebarang keretakan pada kepalanya. Syukur alhamdulillah.

Alhamdulillah.. saya dah sihat..

Walaupun selesa di sini, istilah rumahku syurgaku memang yg paling tepat sebenarnya... Kalian yang membaca..doakan kesejahteraan yang teristimewaku ini ye.. terima kasih semua..

nurse yg cantik bg asif balloon ni tau.. :)

Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komen:

Anonymous said...

Hey I know this is off topic but I was wondering if you knew of any widgets I could add to
my blog that automatically tweet my newest twitter updates.
I've been looking for a plug-in like this for quite some time and was hoping maybe you would have some experience with something like this. Please let me know if you run into anything. I truly enjoy reading your blog and I look forward to your new updates.

Feel free to visit my blog post ... get redirected here