Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 11 July 2011

Info : Top Reasons for Down Syndrome Feeding and Swallowing Difficulties

Salam

Ada seorang teman yang memiliki yang teristimewa mengalami masalah si kecil tidak mahu makan. Teman ini bertanya bagaimana dia boleh membantu anaknya. Aku bukanlah seorang ahli terapi apatah lagi pakar mengenainya. So, ini aje la yg dapat aku kongsikan.. (sorry ye penjelasannya dlm dwibahasa.. rojak gitu.. :D)

Antara faktor penyebab :
  • low muscle tone.
  • medical problems.
  • differences in oral and/or facial structures that may be present.

Low Muscle Tone

Masalah utama anak2 SD ialah mereka mempunyai otot yang lembik (hipotonia) yg bukan sahaja melibatkan otot2 kasar malah juga otot2 di sekitar mulut dan muka. Namun demikian ianya berbeza terhadap setiap individu istimewa ini. So, kalau yang teristimewa kalian sukar untuk menghisap, mengunyah dan menelan ini menunjukkan yg teristimewa kalian mempunyai hipotonia yang agak tinggi di kawasan muka & mulutnya. 

Tapi jangan bimbang, lama-kelamaan yang teristimewa kalian akan belajar sedikit demi sedikit untuk melakukan semua itu. Namun sekiranya kalian risau, boleh dapatkan bantuan dari ahli terapi pertuturan maupun mengikuti terapi khas untuk makan di hospital. 


Medical Problems

Jika yg teristimewa anda mempunyai masalah jantung, ia turut mempengaruhi kebolehan mereka untuk makan, minum, dll kerana mereka lebih cepat penat.

Lung immaturity anak sukar untuk belajar menelan, menghisap selagi masalah tersebut tidak diatasi.

Yg teristimewa yg terpaksa makan minum menggunakan tiub akan mengalami masalah ataupun cepat kecewa mahupun keliru untuk menggunakan mulut mereka untuk makan, minum dll kerana proses untuk mereka kenyang menjadi lebih panjang dan mungkin memenatkan.


Differences in Facial and Oral Structure

Yang teristimewa mempunyai saiz mulut yg kecil - menyukarkan mereka untuk makan dll berbanding dgn anak2 normal.

Yang teristimewa (baby) juga sering mengeluarkan lidah dari mulut yg menyebabkan mereka sukar menyimpan makanan dalam mulut untuk di kunyah dan di telan. (lidah mereka juga mengalami hipotonia).

Untuk yang teristimewa (kanak2) pula, antara faktor penyebab ialah gigi yang lambat tumbuh compare dgn anak2 normal dan juga saiz dan bentuk gigi yang agak berbeza (irregular) menyukarkan proses memperkenalkan makanan pejal kepada mereka.

Apa2 pun anak istimewa ini akan belajar sedikit demi sedikit untuk menelan, mengunyah, menghisap dan akan dapat menguasainya. Berikan mereka sedikit masa dan latih mereka perlahan2.. Jgn memaksa.. praktiskan senaman oral motor dengan menggunakan alat2 yang boleh dibeli di kedai2 baby ataupun dengan urutan2 lembut di sekitar mulut dan pipi mereka.


contoh alat senaman oral motor


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen: