Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 16 June 2010

Selepas keluar dari PPUM dan Pendaftaran KIWANIS

2-3 hari selepas dibenarkan keluar dari hospital, hidupku rasa tenang sangat. Tiada lagi wayar2 berselirat di badan hasif. Cuma kadang2 hati dilanda kerisauan, bimbang sebarang perkara yang tidak diingin berlaku lagi terhadap hasif… Dalam hati aku tertanya2. Apa yang harus aku buat sekarang? Bagaimana harus aku membesarkannya? Apakah cara yang terbaik? Bermacam2 persoalan sering memenuhi tempurung kepalaku ini.. Tapi buat seketika aku merehatkan diri. Skrg waktu utk aku menghabiskan pantangku dgn sebaik2nya.. namun ianya sukar dicapai kerana hasif mempunyai abang & kakak yang juga memerlukan perhatian.

Sehabis pantang, aku mengisi borang kemasukan hasif ke KIWANIS. Hatiku berdoa semoga hasif dapt mengikuti program di situ secepat mungkin kerana menurut info di website mereka, baby berusia 2 bln sudah boleh mengikuti program tersebut. Dalam pada itu, aku juga membuat satu kejutan bukan shj terhadap suamiku & org lain malah pada diriku sendiri iaitu aku akan mengambil cuti tanpa gaji selama 2 TAHUN!! Hehehe..macam tak percaya je aku yg gila kerja ni boleh ambil cuti yg begitu lama..

Untuk masuk ke KIWANIS perlu ada sokongan daripada doktor yg merawat Hasif. Tp doktor di PPUM kurang ‘mesra alam’ (haha..) utk mengisi borang permohonan tersebut. Aku semakin tak sabar kerana hasif sudah hampir berusia 2 bln. Lalu aku ke specialist swasta dan meminta jasa baik beliau utk menyokong permohonanku. Hah! Tak sampai sejam form tu dah ready. Aku terus minta suamiku faxkan form tersebut & lepas je suamiku fax, apa lagi….aku pun terus call KIWANIS bagitau form aku dah difaxkan. Diaorg x sempat check pun lg fax yg masuk tp sebab aku ni ‘overacting’ terpaksalah diaorg check waktu tu jugak &‘confirm’kan aku yg form hasif dah sampai… Legaaaa… hihi..

Masa hasif dah 2 bln, KIWANIS tak panggil2 lagi. Marah nih!! :D Aku call lagi. HR diaorg bgtau kena tggu sat pasal anak aku sorang je baru nak daftar. “Tunggu la 1-2 mggu lagi..” kata diaorg. Isshhh… tak sbr dah aku ni… Penat dah membebel kat hubby pasal KIWANIS tak panggil2 lagi. Aku rasa hubby aku pun pening ngan aku..hihi… Akhirnya, masa hasif 2 ½ bln, KIWANIS call. Diaorg suruh datang utk assessment. Aku pun bawakla hasif ke sana… Lepas assessment, aku di beritahu tarikh & waktu utk kelas hasif yg pertama. Lupa la plak aku tarikh hasif memulakan kelasnya… yg aku ingat hari & waktu je…setiap rabu pukul 10-11pg…

Start dari itu, hasif pun mula la pegi kelas. Hari lain kelas ngan ibu… Masa ni hasif jadi kesayangan cikgu sbb dia baikkkkk…sangat2… Cikgu dia buatla mcm mana pun kat dia, dia x menangis pun. Tambahan suaranya makin lama makin perlahan kerana mempunyai kahak yang banyak…….

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 komen:

shafa said...

baru berpeluang baca kak azma punya blog..zaquan dah start kelas kat kiwanis 2hb julai 2010..kelas dia setiap hari jumaat 10-11pg..masa 1st kelas zaquan sorg2 sebab teacher lupa nak inform should hari tu xde class cikgu ada training...nasib baik masa tu teacher tgh rehat so dpt la bg kelas pd zaquan..teacher kata zaquan manja..nangis jek..tp xde kluar air mata..faham2 la.. :)

Azma said...

Haha..sama perangai cam hasif skrg. Bila nangis bukan main lg bunyinya tp air matanya x de.. Bagusla dah start kelas. Nnt2 ada apa2 aktiviti boleh kita jumpa. Hari lain mmg susah sgt 'terjumpanya' :)
Anyway, thanx menjenguk & mengikut blog akak ni ye..

nia said...

kak azma, anak saya usia 4 bln 10 hari..doktor suspect down syndrome.. baru buat occ therapy kat hosp je..
Saya plan nk daftar anak kat Kiwanis.. Apa proses2 pendaftaran? Perlu ke apply kad OKU dlu?