Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 27 August 2010

Susahnya nak tidurkan dia...

Jam menunjukkan pukul 11.36 mlm. Aku baru saja berjaya menidurkan hasif. Aduh…penat betul melayan dia sekarang. Tambah2 malam ni anak2 yg lain & Mr. hubby aku dah suruh tidur sebab pagi2 besok dalam pukul 4 kami akan bertolak pulang ke Kota Bharu (rumah hubby). Berpuasa dgn famili belah hubby pulakk…

Jenuh melayan kerenah hasif sampai aku sempat merakam 2 video aktivitinya dalam aku sibuk menyiapkan pakaian aku & anak2 untuk di bawa esok. Diberi susu, minum sikit dah tak mahu. Last2 aku biarkan aje. Tadi, kali pertama aku masuk ke bilik untuk mengambil barang2 yg diperlukan (aku berkemas di ruang tamu), dia telah 'menunggang-terbalikkan' baju2 yg aku dah lipat. Geramnya aku. Aku hadiahkan dia 2-3 das lepukan di pahanya. Tercemik2 muka dia..sedih la tu kononnya. :D Padahal, tak sampai sekejap dia start buas semula. Panjat sofa, panjat bakul kain.... Masa aku masuk ke bilik kali kedua..sempat la si hasif dapat ‘hadiah’ istimewa dari bakul kain yang dipanjatnya tu. Dlm sibuk duk memanjat bakul kain, bakul tu terjatuh dengan dia2 sekali.. Jatuh terlentang dia dan dihempap pulak dek bakul tu. Tulah..buas sgt. Macam tu la jadinya. Terperanjat aku mendengar bunyi ‘bum’ kat luar. Dah la baru2 ni beberapa kali dah jatuh katil. Risau aku kalau jadi benda lain plak.. Mintak di jauhkan.. Ya Allah..Kau lindungilah anak istimewaku ini selalu…(dan anak2 ku yg lain yg juga istimewa di hatiku). Dah dapat sakit & puas menangis, baru la lena... :)

Oklah..selamat menonton video si hasif ni ye. Seperti biasa agak blur gambarnya kerana diambil menggunakan hp yang ada cap ayam padanya..hihi.. Doakan keselamatan kami sekeluarga utk perjalanan hari esok ye.. Jap g nak masak kuew teow goreng tuk sahur pagi esok.
Oklah, Jumpa lagi..Chow cin cau…. :D



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 komen:

Syahida said...

azma, aksi2 macam ni la yang akan dikenang2 bila hasif dah besar nanti, betul tak? enjoy the moments :-))

KLMari said...

My Dina pun jenis tidur lewat...lepas kul 12 baru nak tidur...tu pun kena paksa. Kalau dia dapat tidur siang walaupun terlelap kejap, dia sakan berjaga sampai 2, 3 pagi...aduyaiiii !!!!

ANyway, have a safe journey ok !!!

zue said...

kelakar betullah hasif ni..mcm2 kerja yg nak di buatnya...

lihat pd aksi video tu..hasif nmpak cerdik..tahu cara prmainan itu.

Azma said...

Syahida : hihi..betul tu..

***********

KLMari : Dina pun mcm tu ye? Hasif ni sejak akhir2 ni dia jd camtu. Sblm ni ok je waktu tidonya.. Agaknya dah lama beri peluang ibu dia bersenang-lenang kot..:)
Thanx..alhamdulillah selamat sampai tghari tadi

************

K. Zue : Kena ajar kak baru boleh buat. Kalau tak dia campak2 je.. Lama dah saya ajar, dia buat tak tau aje. Tetiba minggu ni dia pun tunjuk skil dia.. :)

ROSNAJIHAH said...

pandai la si hasif ni..aktif kan dia..semoga akak dan keluarga akak sentiasa berada dalam kebahagiaan dan keredhaan Allah..rase cam nak jumpe hasif..suka tengok aksi n keletah dia dia..hihihi..

maza said...

kalau begitu kaedahnya.. hmmm

gunakan kaedah ubat batuk jer...
insyallah segera budak tu tidur..

heheheheh

Azma said...

najihah : nak jumppa hasif?? buleh..raya ni akak balik tloh. meh la ke rumah. Buleh jmpa dia.. :)

**************

maza : bagus betul kaedah cadangan maza tu.. :p