Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 22 July 2010

Pemeriksaan gigi anjuran Kiwanis

Iskkhhh..rajin pulak meng'up-date' blog akhir2 ni.. :). Time banyak cerita, banyakla boleh dikongsikan... Pagi tadi ke Kiwanis dgn hasif & kakaknya. Selepas kelas Isnin baru 2ni, teacher hasif ada bagitahu hari ni ada pemeriksaan gigi dan penerangan serba-sedikit dari doktor gigi paediatrik dari HKL. Aku rasa inilah waktu yang sesuai untuk mendapatkan lebih info tentang gigi anak2 SD ini. Lagi satu, aku ni tak tahu plak wujudnya klinik gigi khas untuk kanak-kanak di HKL tu. Aku ingatkan klinik gigi sama saja untuk kanak2 & org dewasa.

Masa aku sampai sesi memperkenalkan ahli2 kesihatan dari HKL tu sedang berlangsung. Comelnya doktor yang mengetuai rombongan mereka. Dr. Jama'iah namanya. Bersama2 beliau turut hadir ialah jururawat pergigian, pembantu pembedahan pergigian, juruteknik dan beberapa org lagi yg aku tak berapa dengar tugas mereka..hihi..biasala.. dah tua2 ni kadar tumpuan tu agak rendah skit..

Dr. Jama'iah dr HKL

Alhamdulillah..banyak info yang aku dapat bila mendengar penerangan doktor comel tu.. :). Actually, hari ni adalah hari untuk pemeriksaan gigi sahaja tetapi sebab ramai anak2 yang akan di'check-up', jadi terpaksalah menunggu giliran mengikut kelas masing-masing. Sementara menunggu, ibu bapa boleh bertanya apa2 yang kurang jelas tentang gigi anak2 istimewa ini.

Syukur sangat sebab hasif bagus sangat2 hari ni. Tak buat bising pun..duk diam je atas riba. Kakaknya pulak yg bising2 tanya macam2. Dah last2 minute barula si hasif nampak boring dan start nak memanjat aku.. Cuma, aku sedikit frustrated pasal tak sempat nak check gigi hasif. Sesi soal jawab habis pukul 10.45pg. Abang si hasif ni balik sekolah agama pukul 11 pagi. Terpaksalah aku 'melarikan diri' sebelum sempat gigi hasif di check oleh doktor. Aku cuma sempat membeli berus gigi yg memang dicipta khas untuk anak2 istimewa tu aje.

Posing sambil dengar doktor bercerita



Ni la berus gigi khas yg aku cakap tu



Kepala berus gigi tu bertindak ke 3 permukaan gigi sekaligus


Terima kasih PSG Kiwanis kerana menganjurkan program2 yg sangat berguna & bermanfaat buat kami!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 komen:

Asz said...

salam dear ... where can i get that toothbrush??? x pernah plak jumpa kat mana2 leading pharmacies or shopping mall ... btw, thnk u very much for sharing all useful info & tips wth us ... :))

Azma said...

memang dah berniat nak share semua ngan kawan2 & hepi rasa bila kwn2 pun suka...
Asz boleh ke klinik gigi paediatrik HKL tu la tuk dapatkannya.. Tak pastila ada kat farmasi atau tak. Mungkin ada kot bentuk yg sama tp jenis lain.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tak pernah jumpa lagi berus gigi tu.kat HKL je ke jualnya?

Anonymous said...

Kak, nicole sini, itu hari hanya check check sahaja.... detail check nak pergi HKL.
Hanya kalau baby ada lubang jatuh mesti nake carefull untuk giginya coz akan virus affect.

Kad HKL teacher akan bagi kita on monday class.

azma said...

fiza : ntah la fiza. akak pun x sure. Doktor dari HKL bawa berus gigi ni ituari. So, paling senang cari kat situla kot..

Nicole : hai...sampai jugak nicole ke blog ni ye.. Seng Qin ok tak check ituari? Nak detail kena g HKL ye? Okla kalau gitu...

ieda said...

salam azma..
ada berus gigi special ke??selama ni bg nabila pakai berus gigi budak yg biasa tu jer..nak kena cari jglah.

azma said...

actually untuk gosok gigi anak istimewa ni kan biasanya mengambil masa & menguji kesabaran kita. So, berus gigi yg ini, sekali berus terus mencuci permukaan depan, atas & bhgn dalam gigi. Kita pun boleh guna jugak sebenarnya.. Cubalah ieda cari kat farmasi. Mana tau ada rezeki jumpa..

Asz said...

kak ... saya nih mmg sejak ammar lahir berumah tangga kat HKL, tu kira umah no 2 ... sepanjang saya tido baring kat HKL tu, x tau plak saya ada klinik gigi kat paed HKL ... belah mana ye?!?? kot mungkin saya x perasan klinik gigi nih ... pelik lah pulak ...

Azma said...

haha..manalah akak tau asz..akak ni berumahtangga kt PPUM. Asz tryla tanya nurse2 kat sana bila2 ke sana ye. kalau2 ada kwn kat sana pun boleh tanya gak..

Asz said...

hahahaa ... tulah pasal ... x penah plak saya nmpak klinik gigi tuh ... xpelah, jap gi saya call nurse tanya pasal klinik gigi tuh ... :)

amdang81 said...

Tadi buat carian di internet: jumpa page ni pasal berus gigi ni.

http://www.smile-link.com/Smile-Link/Product_Range.html

juga disertakan alamat:

23G Jalan 1/149J
Bandar Baru Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur
t : 603-90561646
f : 603-90561545
e : admin@smile-link.com

Azma said...

hmmm..bgs cik abg kita ni. :)Helpful info tu. contact no pun disertakan, so bolehla try hubungi mereka ya..