Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 14 October 2010

Hiperaktif pada anak2 Sindrom Down..mitos @ kebenaran??

Pernah dengar orang cakap yang teristimewa ni ramai yg hiperaktif kan? Dalam Sindrom Down : Kumpulan Sokongan di facebook hak ini ada disuarakan dalam discussion board. Dapat banyak reaksi jugak dari ibu bapa yang memiliki yang teristimewa ni..

Betul ke diaorang ni hiperaktif? Siapa cakap diaorang tu macam tu? Doktor? Therapist? Ke kalian buat diagnosis sendiri bila tengok diaorg tu buas semacam? Apa kata kita kongsi maklumat yang saya dapat dari website ni. Lepas tu kalian boleh simpulkan sama ada yang teristimewa ni hiperaktif @ tak..ok!!

Sebenarnya kebanyakan anak2 kecil mempunyai ciri2 hiperaktif (ADHD). Sama ada yang memiliki SD ataupun anak2 normal. Tapi cuma ciri2 sahaja. Ianya akan berubah bersama2 dengan penambahan usia mereka. Namun tidak bagi penderita ADHD. Mereka perlu menjalani pelbagai terapi supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti anak2 normal. Begitu juga dengan yang teristimewa. Mereka juga menunjukkan ciri2 tersebut cuma ianya lagi banyak dan jelas jika mereka adalah individu yang memilikinya. Kalau nak lebih jelas tentang ciri2 ADHD rujuk sini ye..

Menurut Dr McBrien, dari Iowa Hospital walaupun mempunyai ciri2 hiperaktif, untuk menyatakan yang teristimewa ini sebagai hiperaktif adalah jauh sekali. Diagnosis yg paling terakhir untuk diterima. Kenapa ye? Untuk tahu dengan lebih lanjut, teruskan lah membaca...

Masalah kesihatan yg mungkin kelihatan seperti hiperaktif

1) masalah pendengaran & penglihatan
  • yang teristimewa sering tidak menumpukan perhatian di mana2 sahaja. Sebelum menyatakan yang teristimewa anda tidak boleh menumpukan perhatian, bawa dia berjumpa doktor dahulu. Kenapa? Kerana masalah yg paling biasa untuk yang teristimewa ialah jangkitan pada telinga yg menyebabkan mereka kehilangan kebolehan mendengar sehingga berminggu2 lamanya. Struktur telinga tengah yang teristimewa yg abnormal menyebabkan sesetengah dari mereka tidak dapat mendengar dengan baik atau pun lebih teruk lagi. Bagi mata pula, biasanya mereka mempunyai masalah rabun (dekat/jauh), katarak dan juga strabismus (lazy eye)
  •  Masalah2 ini menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian. Bukannya mereka tidak mahu menumpukan perhatian
2) masalah thyroid

  • lebih kurang 30% dari yang teristimewa mengalamai masalah thyroid iaitu hpothyroidism(paling biasa berlaku) dan hyperthyroidism. Hypothroidism ialah penghasilan hormon tiroid yang kurang yang menyebabkan yang teristimewa sangat cepat kepenatan dan bersikap acuh tak acuh. Terlebih hormon tiroid pula (hypertiroidism) menyebabkan mereka kelihatan berada dalam keadaan resah dan tidak duduk diam. So, keadaan ini memperlihatkan yang teristimewa tidak boleh menumpukan perhatian dan mempunyai sikap yang tidak berapa elok dipandang.
3) masalah tidur

  • masalah yang sangat biasa @ lebih tepat selalu sangat berlaku kepada yang teristimewa. Mereka selalu terjaga dan susah untuk mendapatkan waktu tidur yang terbaik untuk mereka. Antara masalah yg selalu mereka hadapi ialah sleep apnea. Keadaan sebegini menyebabkan mereka kurang rehat, 'berangin' dan sukar ditenangkan. Sekali lagi mereka dikaitkan dengan masalah tingkah laku.
Masalah komunikasi

Banyak perkara yang menjadi tembok kepada komunikasi yang efektif dengan yang teristimewa. Mereka lebih mudah memahami apa yang diperkatakan kepada mereka berbanding untuk menyuarakan apa yang mereka fikir atau rasa. Sukar bg mereka untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti. Jadi, untuk melahirkan kekecewaan mereka,mereka akan buat perangai ataupun lansung tidak menumpukan perhatian.

Masalah semasa proses pembelajaran

Cara mengajar mereka mestilah berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan mereka. Jika pembelajaran yang diajarkan terlalu tinggi levelnya ataupun terlalu rendah untuk mereka, mereka akan jadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan juga tidak mahu melibatkan diri. Masalah tingkah laku akan terlihat dengan jelas di sini.

Masalah Emosi

Yang teristimewa sukar untuk bertutur( seperti yg dijelaskan di atas). Bagi yang tidak menjalani terapi pertuturan, mereka lagi sukar untuk melahirkan atau memperkatakan isi hati mereka. Mereka tidak dapat menceritakan bahawa mereka sedang gembira ataupun bersedih. Ini menyebabkan tekanan perasaan dan mereka akan mengasingkan diri dari persekitaran yang turut melibatkan perubahan kepada tingkah laku yang tidak sepatutnya.

Sekiranya yang teristimewa sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan sudah dijelaskan bahawa yang teristimewa kalian tidak mengalami sebarang masalah yang diperkatakan, barulah yang teristimewa akan dirujukkan di bawah kumpulan individu yang memiliki ADHD. Namun demikian, peratus untuk yang teristimewa memiliki ADHD adalah rendah, lebih rendah berbanding anak2 normal. Ubat-ubatan untuk memulihkan ADHD juga mungkin sama efektifnya untuk yang teristimewa sebagaimana yang digunakan terhadap anak2 normal.(rujuk doktor la ye..)

So, lepas ni janganlah susah hati sangat ye ibu bapa yg ada yang teristimewa ni. Dan janganlah pulak terlalu senang hati. Apa yg perlu kita lakukan ialah mendidik mereka sebaik mungkin supaya semua masalah yang  bakal mereka alami di atas dapat di atasi. Manakala masalah kesihatan yang mereka miliki mendapat rawatan yang sewajarnya.

Manakala buat rakan2 yang mempunyai anak istimewa ADHD ini, selamat berjuang ye.. Kekuatan semangat kalian membantu anak kalian membesar dengan baik dan menjadi sempurna seperti anak2 normal yang lain.

Salam perjuangan,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 komen:

mokhrus said...

INFO YG BERGUNA

maza said...

masa abg kecil2 dolu2.. abg aktif dan jadi ahli surau...

errr.. kira hiperaktif jugakah itew?
hehehehhe

Azma said...

@mokhrus sharing is caring..jdkan panduan besarkan matiin ye..

Azma said...

@maza bertuah sungguhla maza ni..kalau nak panggil cenggitu boleh gak.. :p

Asz said...

salam kak ... saya selalu gak peratikan perangai anak2 down nih... apa yg saya dpt tgk, bkn sume yg teristimewa nih hyperaktif ... ada gak yg amat pasif (baring/duduk je sepanjang hari) ... cam ammar mmg dia jenis x reti dok diam walaupon ngan keadaan dia camtu, lagi2 dah dpt kaki nih ... jenuh mengejar dia ... hehehe

Azma said...

@Asz betul tu.. Dr kata setiap individu yang teristimewa ni berbeza. Sbb tu ada mcm2 keadaan yg kita boleh lihat. Pas ni mama ammar tak yah jogging @ excercise dah.. boleh slim ngan mengejar si ammar je..hehe..

Asz said...

kak ... mommy ammar nih, mmg dah x boleh kurus dah ... lemak dah tepu ... wahahahaaa :p

zue said...

salam azma,
byk juga cabaran yg akan m.hasif akan lalui..hyperaktif sudah cukup menunjukkan yg dia cergas.

Azma said...

@Asz ahaks..sama la kita..tp tgkla..tetiba asz kurus ke..akak kena berusaha untuk ikut jejak langkah.. hihi..

Azma said...

@zue kak..buat masa sekarang hasif saya tgk belum sampai tahap hiper lagi, tapi tahap buas tu memang tak dinafikanlah..harap2 semuanya ok..betul kak..byk cabarannya kan