Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 9 November 2010

Apa aku nak buat ni??

Gundah gulana hatiku ini. Dari semalam lagi..hari ini makin bertambah.. Hasif langsung tidak mahu menyusu. Puncanya kerana aku menukarkan puting susunya yang sudah agak lembik dengan puting yang baru.. Mungkin kerana puting yang baru ni agak keras.. Jenis yang sama tapi kalau baru2 guna kan keras sikit.. Try guna puting lain pun tak mahu. Nak tukar puting pun agak rumit coz tak semua puting boleh muat dengan liptrainer yang dia gunakan tu... Puting lama plak dah masuk tong sampah. Biasanya dia tak macam ni..Aku tukarkan putingnya sebelum ni dia lansung tak heran..

Kasihannya tengok dia..lapar tapi tak mahu minum. Excited tengok aku bawa susu yang baru dibancuh tapi bila letak dalam mulut, dia menolak semula. Bersungguh2 tak mahu minum susu tu..sambil menangis teresak2 sebab ibu paksa jugak minum.. Walang sungguh rasa hati.. nak nangis pun ada...sob..sob... Dia tengah tidur ni tapi mulut berdecip-decip..lapar agaknya... :(  Disuapkan dengan sudu, syringe mahupun gunakan cawan, semuanya REJECT... tolonggg.... aku nak buat macam mana ni...????? :'(


           
Jangan buat ibu susah hati sayang...


lebih rela tidur dari menyusu.. :(






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 komen:

mokhrus said...

ala..hasif minum la..nanti lapar

Azma said...

@mokhrus baru bangun tu, akak baru ambil botol nak bagi dia pun dia dah melalak semula...huhu...

siti rahayu said...

kesian, hasif tak suka puting baru! anak aku pun sama koma, tp bila dah lapar dia belasah jugak!

Azma said...

@siti rahayu si hasif ni lapar pun buat derk aje..heran aku. Yg paling aku confuse, sblm ni ok je. Mcm2 puting & saiz botol aku dah guna sblm ni, seme ok.Kali ni plak tak ok..dah besar kot! dah boleh fikir sket agaknya..

kak aida said...

ala siannya hasif, minumlah susu, , nanti hasif lapar, sian kat ibu hasif...hasif lapar, nanti ibu pun lapar juga tau!

maza said...

aduhaiii...

kalau gitew, cuba puting badan pula.. mana tau..

abg tak leh nak tengok bab2 budak belapar mcm ni.. kesian tahap nak meraung pun ya...

mujur jugalah anak2 abg tak merenget mcm tu.. pernah sekali dia tak nak nenen, puas pujuk, kena kutil satu kali.. diam terus nak nenen.. hahahah

(psst: jgn ikut cara abg yg ganas lagi buas dari dulu hingga sekarang.. errr akan datang tak tau lah fulaks gitew.. ahaks..)

ummuharithasif said...

ala sianya hasif,lapar...cuba akak letakkan botol susu time ngah tidur tu..mna la tau kot mamai2 dia xingt tu putng bru..hehe

ummu uswah said...

smg dipermudahkan Allah urusan akak.
mungkin blh bg makanan lain yang dia suka or keluar jalan2 utk stabilkan balik mood dia.

Azma said...

@kak aida tak la kak..hasif lapar, ibu dia makan byk juga..hihi..

Azma said...

@maza waa..ganasnye..cian diaorg dpt bapak ganas..

Azma said...

@ummuharithasif yg ni pun akak dah try tp x jalan jugak.. dgn mata terpejam pun dia still tolak susu tu..huhu..

Azma said...

@ummu uswah mmg akak tmbh makanan dia ari ni. Utk cover yg dia tak dapat darisusu tu. Moodnya plak seratus peratus berubah bbila nampak botol tu, waktu lain dia ok je

Yasmin Nabilah.. said...

hurm..rasanya Nabila penah wat perangai cam ni kak.. tapi last2 dia minum gak..haus sgt..dia hisap kuat giler..hehe..takpe..akak cuba lagi yek bagi susu kat hasif.. InsyaAllah..klu haus mesti dia minum..

Azma said...

@Yasmin Nabilah.. harap2nya gitulah ina.. risau tgk tak mau susu lgsg ni..