Salam..
Dulu pernah janji nak buat entry hasif@kiwanis lepas hasif@kiwanis2 di 'publish'kan. Actually plan nak tulis cerita & upload gambar masa hasif awal2 di Kiwanis tp rasa malas pulak nak review gambar lama2.. So, hasif@kiwanis ni adalah cerita terbaru Hasif di Kiwanis..
Tak banyak yang nak diceritakan cuma aktiviti @ latihan yang diajarkan kepada Hasif sentiasa berubah sejajar dengan perkembangan dirinya. Sekarang Hasif sudah boleh berdiri sendiri dengan memaut pada sesuatu seperti kerusi, meja, palang dsb serta melangkah 2-3 langkah bila didirikan. So, latihannya adalah untuk menjadikan dia menguasai kebolehan tersebut dengan sebaik mungkin. Maksudnya, latihan untuk membuatkan dia boleh berdiri sendiri tanpa memaut sebarang benda dan juga boleh melangkah dengan lebih jauh, lebih byk langkah.. Dari segi terapi cara kerja pula (OT), hasif diajar bentuk dan warna dalam permainan papan puzzle. Ia juga membantu hasif memegang pecahan papan puzzle tersebut dengan cara yg betul untuk memasukkannya kembali ke tempat yang tepat.
Jemput jenguk gambar2 di bawah. Terkini hasif di Kiwanis bersama kawan2..








4 komen:
uiks.. hajar pun tumpang sekaki...
@maza kakak dia kan peneman setia hasif stiap minggu.. bg peluang la pokcik maza..hehe..
perjalanan suatu kehidupan...sentiasa membuatkan diri mencongak pada tiap kemungkinan yang hadir...
ada ketikanya jua membuatkan diri lebih berfikir...lebih berwaspada...meski tahu sedaya mana lah kaki bisa melangkah...sekuat mana lah bila berbicara soal ketabahan...
yang memungkinkan hati dan fikiran menyatu...hanyalah pada Dia...
yang tidak munasabah boleh menjadi munasabah...yang luar biasa boleh menjadi biasa....
perkiraan dalam merumuskan tiap rencana...juga bagi mendepani tiap kesilapan....mematangkan lagi diri dalam meneruskan sebuah kehidupan...
semoga sentiasa dipermudahkan jalan....juga masih lagi diberikan ruang dan peluang bersama mengapai impian dalam menuju keredhaan-Nya....
Ketentuan Allah adalah Rahsia Allah....
Wallahu'alam...
@Anonymous harap2nya begitulah..smg semuanya dipermudahkan...Aminnn..
Post a Comment