Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 18 November 2010

Hippotherapy



Hippotherapy?? Apa tu?? Cam familiar je perkataan hippo tu kan? Masa mula2 aku terbaca tajuk maklumat yang aku curik masukkan ke entry aku ni pun aku ingatkan ada kaitan dengan binatang hippotamus tu.. Mahupun ngan Blue hippo yg glamer tu..hihi...

Hippotherapy ialah istilah yang digunakan untuk menjelaskan terapi fizikal, terapi cara kerja dan juga terapi pertuturan yang dilakukan dengan menunggang kuda. Camne boleh jadi cenggitu ekkk?

Menurut NARHA ( North American Riding for the Handicapped Association, Inc.), pergerakan yg dialami semasa menunggang kuda hampir menyamai cara manusia berjalan, so individu yg mempunyai masalah dari segi fizikal biasanya menunjukkan kemajuan dalam kelenturan, keseimbangan badan serta kekuatan otot. Bagi individu yang bermasalah mental atau emosi, menunggang kuda ini dapat meningkatkan keyakinan diri, kesabaran dan juga harga diri.

Secara fizikal, hippotherapy dapat meningkatkan keseimbangan, memberi postur badan yg betul, membantu pergerakan tubuh dan juga menyedari fungsi setiap bahagian tubuh. Ia juga memberi kesan kepada fisiologi, kognitif, tingkah-laku serta komunikasi bagi setiap peringkat umur. Bagaimanapun, terapi ini bukanlah sesuai dilakukan sesuka hati je tau! Untuk melakukannya, mestilah merujuk kepada jurulatih profesional ye... Jangan suka2 buat hippotherapy macam hasif dengan kuda kayu dalam video kat atas kay! hihi...

Selain dari itu, menunggang kuda juga dapat membantu dalam terapi pertuturan. Pergerakan beritma yang berlaku semasa menunggang dapat meningkatkan pertuturan dan penguasaan bahasa dengan memudahkan keadaan sistem fisiologi tubuh yg membantu dalam fungsi pertuturan dan bahasa tersebut. Dari wikipedia, dijelaskan, melalui hippotherapy, tindakbalas serentak akan dapat dikesan pada vestibular, proprioceptif, (maaf ye guna istilah sains), deria sentuh, penglihatan, deria bau dan juga pendengaran yg membawa kepada kesan positif tersebut.

Kaedah ini sangat berguna dan sesuai untuk dipraktikkan kepada yang teristimewa. Tapi aku tahu kos untuk mengikuti program sebegini adalah agak mahal. Ada satu pusat untuk anak2 istimewa di KL menyediakan aktiviti sebegini khas untuk golongan berpendapatan rendah & sederhana, tapi aku dah terlupa la nama tempat tu..Sorry sangat2.. nanti bila aku terjumpa balik, aku akan uar-uar kan ok!

Kalau kurang percaya keberkesanan terapi ni, sila klik sini ye...

Selain dari yang teristimewa, kawan2 lain pun digalakkan mengikuti  aktiviti ini. Kawan2 yg digalakkan join ialah yang mengalami/ mempunyai masalah :
•Muscular Dystrophy
•Cerebral Palsy
•Visual Impairment
•Mental Retardation
•Autism
•Multiple Sclerosis
•Spina Bifida
•Emotional Disabilities
•Brain Injuries
•Spinal Cord Injuries
•Amputations
•Learning Disabilities
•Attention Deficit Disorder
•Deafness
•Cardiovascular accident/Stroke

Oklah..kepada yg berkemampuan, cubalah  aktiviti ni ye! Kalau tak mampu, kita ikuti program lain yg kita mampu kay! Kalau nak try jugak, ikut la cam Hasif kat atas!! :)



Salam mesra,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 komen:

maza said...

minggu lepas kami sekeluarga telah menjalani hippotherapy dengan menunggang kuda.. best woo..


hahaha

Azma said...

@maza ngade tul la maza ni.. kat mana tu??? :D. menunggang kuda real punya ke, kuda kaki dua?

maza said...

@Azma

weii.. ini real punya kuda deyyy....
kuda berkaki empat...huhuu

lokasi kat melaka.. gambar dan entry bakal menyusul deyyy...

hahahah