Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 8 November 2010

Mengembangkan/meningkatkan daya tumpuan Yang Teristimewa

gambar hiasan je ni....

Daya tumpuan ialah kebolehan seseorang individu untuk fokus kepada sesuatu perkara, mengekalkan minat terhadap apa yang difokuskan dan memberi tindak balas terhadap apa yang dapat dialami, dilihat, dirasai dan didengari dari perkara yang difokuskan tersebut.

Jika anak kalian mempunyai daya tumpuan yang pendek, ia bukanlah suatu perkara yang biasa. Namun bagi yang teristimewa, itu adalah antara ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka. Latihan perlulah dilakukan bagi meningkatkan daya tumpuan yang teristimewa  kerana ianya dapat memudahkan mereka bila mempelajari sesuatu perkara dan memahami/menguasai bahasa dengan lebih mudah.


Cara meningkatkan daya tumpuan kepada Yang Teristimewa

1. Tutup/ buangkan semua perkara yang boleh mengganggu tumpuan. Contoh : menutup televisyen @ radio.

2. Pilih toys ataupun barang2 yang paling yang teristimewa sukai/gemari

3. Bermain dengan toys ataupun mainan(yang sama) tersebut dengan pelbagai cara. Contoh:  bila melakukan aktiviti dengan stacking cup, antara yang boleh dilakukan ialah menyusun cup, letakkan cup kedalam saiz lebih besar (ikut saiz), mengetuk cup antara satu sama lain, tolakkan cup seperti menolak kereta mainan ataupun jadikan cup seperti cawan (pura2 minum menggunakan cup tersebut).

4. Wujudkan keadaan yang meranjatkan (surprise) semasa bermain dengan yang teristimewa (sorokkan toys/ bungkus toys)


Kita boleh buat ini bila yang teristimewa mula menumpukan perhatian;

1. Melibatkan diri dan bermain dengan mereka seperti anak kecil

2. Sebutkan apa yang mereka rasai, yang mereka lihat dan yang mereka cuba explore.

3. Gunakan perkataan yang sesuai dengan umur mereka ( tetapi bukan pelat ye..)

4. Gunakan ayat-ayat pendek

5. Berulang-ulang menyebut kata kunci. Mereka perlu mendengar perkataan tersebut berulang-kali sebelum berjaya memahami maksudnya.

6. Pandang, dengar dan sentuh objek2/bunyi yang anak2 kalian pandang, dengar  dan sentuh serta  bercakap/komen tentang objek tersebut.

7. Jelaskan objek yang disukai oleh anak2 dengan perkataan2 yang sesuai.

8. Tunjukkan anak bagaimana objek yang disukainya itu berfungsi



Okey, selamat mencuba..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 komen:

Julaiha Kamarul Baharin said...

ermm..boleh praktik kan kat ainie ni..tq for sharing..

Azma said...

@Julaiha Kamarul Baharin sama2... cubalah ye..

maza said...

hmm.. kalau dibungkus ibunya sekali, tentu yang teristimewa akan terperanjat.. bahkan lagi besar agaknya...

hahahha