Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Sunday, 11 July 2010

'Mouth-play' sebagai rawatan untuk 'lidah terjelir'

Sebelum mempunyai anak istimewa ini, aku perhatikan lidah anak2 SD ini selalu terjelir keluar. Namun, tak de pernah la pulak aku mencari apa sebabnya. Tapi bila diri sendiri memiliki anak istimewa ini, aku mula mencari sebabnya dan juga cara2 yg boleh mengurangkan sedikit keadaan sedemikian. Selalu aku terdengar, even kadan2 ada doktor yang mengatakan bahawa lidah anak2 SD ni besar sbb tu ianya asyik terjelir keluar. Sebenarnya, lidah anak2 SD ini bukanlah besar, sebaliknya mereka mempunyai mulut yg kecil dan otot lidah mereka juga lembik/lembut seperti otot2 di badan mereka.

Nasihat2 seperti utk menolak lidah mereka masuk ke dalam mulut, teguran kepada mereka supaya ‘menyimpan lidah’ ataupun memicit lidah mereka supaya masuk ke dalam mulut seharusnya dielakkan kerana ianya berkemungkinan menyebabkan situasi bertambah buruk ataupun dibimbangi anak2 kita ni menggunakan larangan2 tersebut sebagai satu cara untuk mendapatkan perhatian yg pastinya menyakitkan hati kita. Jika mahu melarangnya atau menyuruhnya menutup mulut sekalipun mestilah dengan cara yang lembut dan menyukakan mereka.

Dari pemerhatian pakar2, terdapat 2 cara terbaik sebagai rawatannya ialah melalui oral feeding & mouth play. Tak taula aku apa istilah yg sesuai utk kedua2 rawatan tu.. Kalau korang ada cdgn bgtau la yek… Utk kali ini aku memfokuskan kepada ‘mouth play’ sahaja.

Cuba berikan mainan kepada bayi & lihat apa yg mereka buat. Selalunya mereka akan terus memasukkannya ke dalam mulut. Betul tak?? Ini la namanya ‘mouth play’. Melalui ‘mouth play’ inilah bayi2 ni semua belajar ttg bentuk, saiz, tekstur dan juga rasa. Selain tu ia juga mengajar bayi mengunyah, menggigit, menjilat dan menghisap. Kebolehan ini memudahkan proses perubahan dari menggunakan puting susu kepada sudu untuk makanan pejal menjadi lebih mudah. Dalam masa yg sama bayi2 ini mendapat pengalaman yg berguna utk menguasai skil dan pergerakan otot mulut yg betul bagi proses pertuturan suatu masa nanti. Bagi anak2 istimewa kita, ada antara mereka tidak dapat melalui peringkat yg penting ini. Kenapa? Sebagaimana yg kita ketahui, anak2 kita mempunyai masalah dalam kekuatan otot dan juga koordinasi yg dikenali sebagai hypotonia. Satu lagi faktor, anak2 ini merasakan sensasi yg dirasai dalam mulut mereka adalah tidak menyeronokkan, lebih dikenali sebagai hipersensitif.

Hipersensitif biasanya berlaku jika bayi dibiarkan terlalu lama tanpa merasa sebarang makanan atau sebarang benda yg boleh meransang deria rasa mereka. Keadaan ini biasanya berlaku kepada anak2 yg menggunakan tiub untuk mendapatkan makanan. Bila menggunakan tiub, makanan akan sampai terus ke salur pencernaan tanpa melalui sebarang proses di dalam mulut. Penggunaan mainan yg pelbagai dapat menggalakkan ‘mouth play’ sekaligus mengurangkan terjadi hipersensitif kepada anak2 kita.


Alat2 yg boleh digunakan untuk ‘mouth play’

1) Kaki dan tangan bayi sendiri
- item pertama yg patut diperkenalkan
- bayi memang sangat tertarik kepada 2 jenis anggota badan mereka ini
- meningkatkan perkembangan kepada deria rasa di tangan & juga kaki
- perkembangan awal untuk rangsangan di mulut


2) Alat mainan getah yg lembut (dan panjang)
- mulakan dengan mainan yg mempunyai tekstur licin
- pilihan yg panjang supaya anak dapat mengunyah menggunakan bahagian belakang mulut
- tukar kepada pelbagai tekstur bila anak sudah biasa dengan tekstur licin


3) Bermain dan berbual dengan anak di hadapan cermin
- anak banyak membuat bunyi-bunyian jika selalu bermain permainan ni.
- anak2 akan meniru segala perbuatan ibu, so pelbagaikan supaya anak2 dapat explore perkara yg ibu tunjukkan


4) Sudu yg diperbuat daripada getah atau plastik
- anak2dapat memegang alat ini dengan mudah
- dapat perkenalkan idea ‘self feeding’ kepada anak


5) Mainan yg boleh dipakaikan pada lengan anak (Velcro)
- anak2 akan teruja utk menghisap mainan tersebut
- turut memberi rangsangan kepada deria mata & telinga
 


6) Set berus gigi
- biasanya ada satu alat yg dikenali sebagai pengurut gusi, bentuknya macam berus gigi jugak..
- latihan awal untuk anak supaya dapat menyesuaikan diri dgn berus gigi nanti
- tak perlu tunggu sehingga gigi anak mula tumbuh


7) Mainan yg bergetar/bergegar.. (hihi..betul ke bergegar tu??)
- vibrate tu bergetar macam handphone kita tu la
- getaran tu beri kesan bergetar yang sangat bagus untuk membina ‘sensory awareness’ (aware - kesedaran… so kaitkan la dengan fungsi mainan tu ye…)
- Mainan jenama the first year ada menjual teether yang sebegini. Rasanya ada di pasaraya besar dan juga secara online.


8) Mengelap mulut
- terlalu ingin melihat anak bersih sentiasa terutamanya masa makan
- jangan lap cepat sangat. Biar je anak kita tu bersememeh dgn makanannya :D
- dapat memberikan maklumat kepada deria rasa yang membawa kepada pergerakan otot di  mulut seperti menjilat dan menggerakkan lidah


Apa2 pun jadikan ‘mouth play’ sebagai satu aktiviti yg menyeronokkan dan menarik yg dipenuhi dengan sentuhan dan ciuman di muka, pipi dan ransangan di bhgn lidah anak supaya perkembangan bahagian mulutnya berlangsung dengan baik dan jauh dari mengalami hipersensitif.

macihhh...  :)

sumber : Supporting  Feeding & Oral Development in Young Children

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 komen:

Azma said...

Maafla.. dah tak boleh nak edit bagi paragraph tersusun elok. Hopefully dpt membaca dengan mata yg 'tenang'.. :)