Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Saturday, 24 July 2010

Ketam gigi & tentang gigi...

Sebenarnya, ni sambungan dari post pemeriksaan gigi kat Kiwanis tu. Ada nak tambah info skit. Semalam ingat nak sambung je terus kat post tu tapi kalau nak bagi info ni kan kena pikir banyak skit. Tu yg malas nak masukkan sekali tu.. :D


Hasif dah guna berus gigi baru tu. Rasanya memang berus gigi tu memudahkan tugas kita membersihkan gigi mereka. Sekali gosok aje dah settle semua. Tambahan plak, hasif skang asyik ngamuk je bila giginya diberus. Masa guna berus yang disarung di jari dulu dia ok sangat. Skang, bila start pakai berus gigi yg biasa tu dia macam tak suka & selalu nangis. Ada masa sampai berdarah gusi bila dia meronta2 tak mahu giginya digosok. Bila guna berus gigi khas tu, memang dia still tak suka tapi masa menggosok gigi dah jadi singkat kan. So, kurangla skit potensi dia mengamuk tu. Tambah pulak aku selitkan aksesori cute untuk dia masa menggosok iaitu cermin bentuk apple yg berwarna hijau. Ralit la skit dia masa tu.. Rasanya tak ada masalah sangat dgn berus gigi baru tu. Kalau ada pun, saiz kepalanya yg agak besar ( ye la..kan utk 3 permukaan..). So, kena pastikan anak2 buka mulut luas skit la…

Bercakap pasal berus gigi khas tu, kalau korang susah nak jumpa jangan la susah hati. Sebenarnya aku ada bertanya pada Doktor Jama’iah tentang apa nak buat kalau anak kita susah sangat nak diberus giginya. Beliau cadangkan supaya menggunakan berus gigi elektrik. Mudah sedikit dan mungkin membuatkan anak2 jadi sedikit ralit bila mendengar bunyi yang dihasilkan oleh berus gigi tu..

Pasal berus gigi elektrik ni, aku ada satu cadangan. Aku pun tak ada berus gigi ni. Tapi aku rasa ianya amat sesuai untuk bayi istimewa kita. Masa pemeriksaan gigi ituari, ada seorang ibu membawa satu set berus gigi elektrik Mother Care. Saiznya kecil dan datang dengan pelbagai jenis ‘kepala’. Ada yg berfungsi untuk gusi, lidah, gigi dan bahagian dalam gigi. Saiznya yg kecil juga sangat sesuai untuk mulut bayi. Korang boleh dapatkan berus gigi ni ni butik Mother Care. Boleh surf kat website mothercare jugak http://www.mothercare.com.my/web/ .Berus gigi elektrik di pasaran pun ok tapi ‘kepala’ berus gigi tu agak besar untuk baby. Kalau yang macam ini, ia lebih sesuai untuk anak2 kita yang sudah berada di peringkat kanak2.

Hasif dah dapat skil baru satu lagi. Skil yang tak pernah diajar dan boleh merosakkan gigi jika berterusan.. Skil ‘mengetam gigi’.. Aduhhh… sape ajar ni sif? Rosakla gigi nanti.. Apa aku nak buat ni???     Ber‘kruk-krak’ gigi dia berbunyi bila dia start mengetam gigi. Yang oknya dia hanya mengetam gigi semasa mandi dan beberapa ketika selepas mandi. Harapnya tak berterusan la…huhu..

Meh share info pasal gigi yg aku dapat ituari ye…(rasanya tak lengkap sangat pasal aku tak sempat mencatat pun ituari)

1) Masalah & ciri2 gigi pada anak2 SD
- gigi terlalu banyak (padat)
- gigi tumbuh sedikit sahaja
- saiz gigi sangat kecil
- saiz gigi sangat besar
- permukaan atas gigi yang tak rata dengan saiz seperti kon
- gigi susu tumbuh lambat so gigi kekal pun sama juga
- susunan gigi tidak teratur




Ini antara masalah gigi di kalangan anak2 SD


2) Cara penjagaan
- sama macam kita menjaga gigi kanak2 normal cuma perlu pemerhatian lebih semasa     mencuci/membersihkan gigi
- palitkan ‘tooth mousse’ di atas permukaan gigi 1 minggu 1 kali (kalau gigi tidak bermasalah). Tooth mousse ni boleh di dapati di farmasi. Ada yg untuk kanak2 tetapi boleh juga gunakan org dewasa punya cuma elakkan tooth mousse plus (tooth mousse+) kerana ia mengandungi fluoride. Flouride tidak sesuai untuk kanak2 ye..
- buat check-up 2 kali setahun
- start membersihkan gusi semasa umur 2 bulan
- Cuba stop bottle feeding pada usia 2 tahun. Ajar anak menggunakan cawan pada usia ini.
- Sekiranya anak menyusu sebelum tidur, cuba berikan air masak selepas penyusuan sbg satu cara untuk mengurangkan punca yg menyebabkan kerosakan gigi.

Ok..itu aje yg dapat dikongsikan kali ini. Selamat menjaga gigi anak2 istimewa korang ye... Kalau nak tau lebih lagi boleh surf kat sini  

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 komen:

maza said...

gigi yg satu panjang satu singkat berselang seli tu mcm pulak?

ehehehhe

Azma said...

ni tanya pasal gigi anak2 SD ke gigi abg ni? haha...

ieda said...

gigi nabila adalah jenis gigi piranha..hehehe..
nabila plk kalau nak berus gigi ada mood..kdg2 ok.tp biasanya saya nyanyi2 bg dia ralit..hentam jelah lirik cemana pun asalkan ada sebut nama dia & gigi.
ttg ketam gigi tu..samalah dgn nabila.dia pun pernah buat jg almost sepanjang hari.tp sekarang dah berenti sb bila dia bunyi jer kita cakap..'hait...jgn buat gitu'..saya rasa habit jer tu.nanti dpt habit baru yg lama dia berentilah..not to worry.

Azma said...

haha..jenis piranha tu..mcm mana la gigi hasif nanti ye.. baru 4 btg je dah nmpk cam piranha, bertambah lg x tahula camne..;). Tu la harap2 x lama dia dpt habit cenggitu..telinga pun naik 'berbulu' dgr dia mengetam..haha..