Alhamdulillah..nampaknya ada kawan2 yg juga berminat dgn liptrainer patakara ni. So, kebetulan dah ada yg membeli, aku nak share sedikit maklumat yg mungkin berguna buat korang. Aku dah ada sebutkan masalah mendapatkan puting yg sesuai utk liptrainer tu sebelum ni. Tapi ari ni aku akan cerita detail skit lagi.
Actually, lepas aku jumpa Mrs. Kim (masa tu dlm pukul 2 kalau tak silap) untuk dapatkan liptrainer tu, aku memang dah tak sabar2 dah nak mulakan dengan Hasif. Malangnya waktu tu hasif menggunakan botol Avent yg sememangnya jenis 'wide-neck'. Botol yg dibekalkan sekali oleh Mrs. Kim ada tapi normal la kan..puting yang datang sekali dengan botol ialah puting utk baby bawah 6 bulan. Oleh kerana aku ni memang jenis yang tak sabo (hehe..), petang tu jugak aku pergi cari puting saiz L utk hasif.
Namun, kasebaranku memang diuji. 2 hari berturut2 aku mencari puting yang sesuai. Cari yang mahal skit, kononnya kualiti lagi baik. Tapi tak sesuai jugak untuk liptrainer tu.
Friday, 16 July 2010
Sambungan... hasif & liptrainer patakara
Labels: Down Syndrome, Sindrom Down
Hasif's Dairy,
Liptrainer Patakara
pigeon
nuby
Kedua-dua puting di atas barharga dalam belasan ringgit (utk 2 puting) kalau aku tak silap. Puting pigeon tu bahagian bawahnya terlalu sempit utk liptrainer sampai susu tak boleh keluar. Manakala puting nuby tu memang cantik dan aku suka sangat. Malangnya ia ada part macam kaki dibawahnya. So, bila masukkan liptrainer, susu akan leaking ke dalam puting. Jadi, fungsi liptrainer sbg 'mouth excercise' sudah tiada lagi.
Last2 aku teringat aku pernah ternampak puting yang gemuk macam puting nuby di atas tapi tak ada 'kaki' di bawahnya.. :D Aku pergi ke tesco dan menjumpai puting yang sesuai itu. Puting pureen yang aku cakap tu la... Puting tu murah je. Enam ringgit lebih kalau tak silap utk 3 puting.
So, inilah puting yang hasif gunakan sampai sekarang. Jenis Pureen Long Neck. Liptrainer yang hasif guna pun dah bertukar kepada saiz M. Cuma sedikit peringatan di sini. 2-3 minggu pertama penggunaan liptrainer ini, anak korang akan minum sedikit sahaja sebab mulut diaorg penat nak menghisap. Bila terlalu penat menghisap, mereka lebih rela berlapar dari meneruskan penyusuan. Hasif kehilangan berat hampir 300gram selepas menggunakan liptrainer ni.. Tapi, bila diaorang dah biasa, penyusuan akan kembali normal. Sebagai ibu, pada peringkat ini apa yg perlu anda buat ialah, 'buat bodo' je..haha... Keraskan sikit hati tu. Memangla risau tengok anak tak mahu menyusu. Cuba cari alternatif lain dengan menyudukan susu atau jus buah-buahan kalau nampak diaorg menyusu sikit sangat. Okla...Selamat Berjaya...
Posted by
Azma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 komen:
jadi puting pureen tu ah yer hasif pakai? akan ku cari..hehe..
abg pulak risau bila abg yg tak suka susu! hmmm
mcm ner tu ek?
senget tul abg zaid nih! dah tua dah abg tu, x nak minum susu sudahh..ahaksssss..
liptrainers tu utk yang minum botol je la kan...anak saya xnk botol..camne ..ada cdgn ?
umur anak brape dah ye? kalau bwh 3 saya hy bleh suggest utk massage aje.Satu lagi boleh try bg dia kemam kayu asikrim @ kayu yg Dr guna utk check tekak/tonsil tu. Suh kemam lama2. Faham kemam kan.. :)
Kalau lebih 3, bleh try liptrainer yg masuk dlm mulut tu. Bleh gi website yg sama dgn baby liptrainer ni
Post a Comment