Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 13 July 2010

Mengesot

Hasif start mengesot menggunakan dada (creeping) dan juga mengesot menggunakan punggung dalam usia 1thn 1 bulan. Mula dengan mengesot dengan punggung dahulu. Aku dah risau sebab therapist kat PPUM bgtau kalau dia dah start mengesot guna punggung, dia akan lambat sikit berjalan sbb dia dah selesa dapat bergerak ke mana-mana dengan mengesot aje. Nsb baikla sekejap je dia bergerak mcm tu. Dia tak sempat nak menguasai sepenuhnya mengesot dengan punggung. Baru gerak skit2 je, dia dah dapat menguasai mengesot dgn dada. Syukur.. Nnt leper punggung kalau duk mengesot dgn punggung je..hihi..

 

Actually, aku pernah berborak dengan seorang ibu yg perkenalkan diri dia sebagai Pn. Bedah di PPUM. Beliau seorang ibu kepada anak perempuan yg mempunyai SD. Anak beliau sudah berusia 13thn kalau tak silap. Pn. Bedah berhenti kerja setelah mempunyai anak SD dan beliau menceritakan anak perempuannya itu hanya berjalan setelah berumur 7 thn. Sepanjang proses utk si anak ni boleh berjalan, dia hanya mengesot shj ke sana ke mari. “Sebab tu punggung dia leper tak macam perempuan lain” kata si ibu kepada saya. Bila saya perhatikan si anak ni, mmg betul kata ibunya. Dia membesar sebagai seorang wanita yg ‘tiada punggung’..hihi.. Tapi alhamdulillah, walaupun ‘tiada punggung’, anaknya dapat menguasai skil lain walaupun lambat. Itu yg lebih baik sebenarnya kan??!!




Sekarang, hasif boleh creeping dgn laju sekali. Aku berharap dia dapat merangkak jugak sbb aku difahamkan merangkak sgt membantu anak kita dapat berjalan dgn baik. Ini kerana jika dia boleh merangkak, itu bermakna dia mempunyai pinggang yg kuat utk menguasai skil berjalan dengan baik. InsyaAllah…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kak, sofie pun mengesot guna punggong dia. ish...risau pulak...

Azma said...

fiza dah baca post akak 'portable pool dah jadi playpen' tu? itu je la cara yg akak buat skang utk elak dia mengesot. Tapi akak tengok sofi dah boleh memanjat & berdiri kan..InsyaAllah, x lama lagi boleh jalan tu...