Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 14 July 2010

Duduk ( dgn bantuan & tanpa bantuan)

 

Hasif start boleh duduk dgn bantuan masa usia 6 bulan. Duduk dengan bantuan ni maksudnya dia boleh duduk dengan stabil tapi kita kena dudukkan dia kerana dia tak mampu menolak badan dia utk duduk dari posisi berbaring (terlentang @ meniarap). Untuk membantu menambah kestabilan dia semasa duduk, aku membeli satu alat mainan yg melibatkan 2 skil iaitu menendang (tambah kekuatan kaki) dan duduk. Alhamdulillah, dia dapat duduk dengan stabil dalam masa yg tidak terlalu lama. Tapi macam mana pun, terlentang tiba2 tu dah jd sebahagian dalam rutin dia sehari2…kesian hasif..

Tapi bayangkan berapa lama utk dia ambil masa duduk dengan bantuan berubah kepada skil duduk tanpa bantuan. Sekarang usia dia sudah hampir 1 thn 3 bulan. Baru seminggu ni dia dah boleh sikit2 duduk tanpa bantuan. Itupun still aku kena tunjukkan caranya. Hampir 10 bulan tu…Salah ibu dia jugak. Jarang2 ajar hasif skil tu. Sepatutnya setiap hari diajar. Aku ajar ikut suka aku je.. :)

Sekarang ni, jarang2 je aku tengok tiba2 dia dah dapat duduk. Aku ni punyala exited nak rakam proses dia duduk sendiri tu tp sampai naik boring aku menunggu dgn hand phone still x dpt rakam. Bila time aku tak ready, dia sedap je beraksi duduk sendiri depan aku.. ‘berbulu’ je mata ibu dia ni..haha…


10/7/2010

Hari ni umur hasif cukup2 1 thn 3 bln. Alhamdulillah...hasif dah berjaya menolak badan untuk duduk sendiri. Syukur..nampak dia pun happy je.. Bila2 boring meniarap terus je duduk. Cuma satu je... dapat duduk je duk mengesot merata2. Aku kena ajar skil berjalan cepat2 ni supaya dia dapat rasa berjalan tu berpuluh2 kali lagi best dari mengesot..


Ni la videonya.. Puas aku berusaha merakamnya.. berjaya sudah..hihi.. Kalau tak boleh tengok, pegi sini ye.. http://www.youtube.com/watch?v=qcnfvOzc_Sw

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

ainul cheksu said...

salam

ank saya dah 5 bulan ..masih blm blh pusing .meniarap..ada exercise atau alat mainan yang blh mmbntu?

Azma said...

kalau blum pusing & meniarap, baby perlu diajar bagaimana untuk meniarap. Ajar dia cara untuk meniarap. Mula2 kita bantu lama2 kurangkan bantuan bila nampak dia boleh kuasai. Untuk latih supaya baby mampu untuk angkat kepala, letak baby dlm posisi meniarap dgn dadanya diletak atas bntal besar @ apa2 yg boleh sokong dia. baby akan berusaha utk tegakkan kepala nnt. byk latihan yg saya dah lupa. maaf ye. nnt saya cuba tnya kawan2..