Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 19 August 2010

1st time tidur buaian

Dari lahir aku tak pernah mengajar Hasif tido dalam buaian. Bukan apa, walaupun aku fulltime housewife sekarang, tak lama lagi aku akan start bekerja semula & pastinya hasif akan dihantar ke taska @ babysitter nanti. Jadi, kalau dia sudah terbiasa dengan buai, pergi ke sana pun mesti nak berbuai jugak... Aku seriau mendengar cerita  anak2 kecil jatuh buaian sampai meninggal dunia ataupun mengalami keadaan yg sgt teruk sehinggakan ada yang asal2 anak normal, menjadi anak OKU selepas itu. Anak aku yg dah sedia OKU ni tak sanggup aku nak tambahkan lagi penderitaannya. Anyway, malang tidak berbau kan. Kat rumah pun boleh jadi perkara yang sama. Aku cuma beringat2..

Baru2 ni masa balik ke rumah tok wan, si hasif terlalu exited bermain2 dengan sepupu2nya sampai tak mahu tidur. Mata dah layu sangat2 tapi bila didodoi, tak tidur-tidur jugak. Last2, maklong dia mencadangkan untuk diletak dalam buaian. Aku pun setuju aje la.. Tak sampai 5 minit letak dia dalam buaian tu, terus je terlena. hehe.. mengantuk sangat la tu. Aku pun legaaaa..boleh bersenang-lenang sekejap.. :D.

berdoa sambil tido agar tak jatuh buai kot..hihi..


lenanya dia...

Itulah 1st hasif tidur dalam buaian. 1st time dan lamaaa... sangat. Masa letak dia dalam buaian tu dekat2 asar rasanya. Dia bangun bila orang dah kecoh2 nak berbuka puasa. Hmmm..senangnya bila dia tido berbuai tp...tak apa lah.. Aku rela berkorban kesenangan itu supaya bila sampai masanya nanti aku boleh start bekerja dan meninggalkannya dengan hati yg tenang...

Sekarang, balik rumah tido cam biasa la. Kadang2 perlu didodoi, kadang2 sambil duduk pun boleh terlena pastu tersungkur jatuh.. nasib baik dalam baby cot. Kalau kat atas carpet je mau bertambah penyek batang hidung hasif yg sedia penyek tu! ahaksss...

Habis sudahh... :D

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

Syahida said...

baby memang suka tidur dalam buaian...cuma kena berjaga2 bab keselamatan. hasif dah berapa bulan ye azma??

Azma said...

dah 1 tahun 4 bulan. Tu la first time dia tido dlm buaian tu.. nsb baik dia ok je.. :)