Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 26 August 2010

macam2 hasif & sedikit info utk dikongsi

Gambar dari Slate Magazine


Hasif semakin lasak sekarang. Tu belum dapat kaki! Kadang2 pening dengan kerenahnya.. tapi sikap manja tak pernah kurang. Bertambah lagi ada! :)

Aku perhatikan perkembangannya semakin hari semakin bertambah. Kadang2, jadi insaf aku dibuatnya. Dalam fikiran aku, selalu aku dipasakkan dengan kelemahan, kelembapan yg selalunya dimiliki oleh anak istimewa ini. Tapi bila aku membesarkannya, ianya tidaklah seburuk berita yang didengari. Harap2 begitulah keadaannya berterusan sampai bila2.

Dari pemerhatian, aku dapati dia semakin mudah memahami apa yg diajar dengan SYARAT... ajarlah berulang-kali. InsyaAllah..positif hasilnya. Aku sering mengajaknya menyanyi (nursery rhymes) sambil membuat isyarat kepada perkataan dalam lirik lagu2 tersebut. Dalam masa yg sama mengajak dia mengikut apa yg aku buat. Lama kelamaan, bila aku sebut shj nama lagu tersebut, dia secara automatik akan menunjukkan isyarat yang aku ajar. Rasa cerianya hidup bila melihat dia boleh melakukannya walaupun kadang2 isyaratnya tertukar. Contohnya aku cakap 'let's play pat a cake!' dia pun menunjukkan isyarat tangan dibuka dan ditutup, padahal isyarat itu untuk lagu 'open-shut them'. Tapi tak apalah, sabarrr... Karang advance sgt, aku pulak yg terlompat2 cam org tak betul aje... :D

3-4 hari ni, dia kena selesema dan batuk. Tiap2 pagi lepas mandikan dia aku akan menggunakan nasal aspirator  untuk menyedut hingusnya. Marahnya pada aku bukan main lagi... :) Teringat aku kenangan di PPUM bila dia dibuat suction. Kdg2 tak sampai 2 jam suction diulang lagi kerana mesin oksigennya tak henti2 berbunyi. Waktu tu, dia seolah2 suka bila time suction sbb dia sibuk menjilat2 tiub suction tu..Mungkin lapar agaknya... Ishhh..dah la..kenangan pahit usah dikenang.. Marah sungguh2 bila aku sedut hingusnya tapi bila dah siap aje, aku angkat dia terus dia peluk aku sekuat2 hatinya.. Kesian ada, nak gelak pun ada..

Malam tadi, dia start demam. Merengek tak henti2 sampai hilang sabar aku dibuatnya. Mata terpejam, tapi mulut merengek memanjang. Last2, aku angkat dia dan letak dalam buaian. Kat rumah aku memang ada buaian. Yang kakak abg dia dulu. Tapi aku gunakan buaian untuk train dia merangkak aje. Tak pernah tidur situ pun.  Tak tahan dengan rengekannya, aku letakkan dia dalam buaian tu.. nampak dia agak selesa tapi still aku tak boleh berehat sebab setiap 5-10 minit dia akan terperanjat. Akhirnya pukul 1 lebih barulah aku tengok dia  diam & nampak selesa. Aku angkat & letak dia ke dalam baby cot pun dia terus lena. Tapi, tak sempat aku nak melayan mata yg semakin layu, dia start mengehmpaskan kakinya kuat2 pada tilam (perkara yg dia selalu, suka buat bila tak puas hati masa tido). Terperanjat aku.. lepas dibuatkan susu senyap sekejap. Perkara yg sama berulang sampai la dekat sahur. pastu baru dia nampak ok... hmmmmpppp..legaaa...

Hasif dah pandai mengadu sekarang. Kalau aku marah dia, dia akan buat mata mohon simpati dia pastu pandang ayah dia. Pastu tengok kat aku balik..pastu tengok ayah dia semula seolah2 mintak tolong ayah dia supaya marahkan aku kot..hehe.. Dia juga sgt suka menonton vcd kegemarannya sambil terlonjak2 & menjerit2 bila dengar lagu yg dia suka. Aku tak pasti sama ada cara dia meluahkan kesukaannya itu betul @ tidak. Nak kena tnya therapist dia ni...

Kat sini aku juga nak kongsi sedikit maklumat yg aku dapat dari http://hubpages.com/  yg ditulis oleh Dolores Monet  tentang bagaimana kehadiran anak istimewa ini memperbaiki hidup kita.


1) Anda akan belajar menjadi lebih sabar.
    - anak2 kita ni kan perkembangannya agak perlahan. Kita kena tunggu lama untuk dengar perkataan        pertamanya, melihat langkah pertamanya dll.

2) Anda akan belajar tentang kasih sayang yg sejati
    - kasih sayang yang lahir dari hati bukan kerana paras rupa dan lain2. Kasih sayang yg luhur utk anak istimewa ini tambahan pula anak yg mempunyai SD in sangat penyayang dan begitu terbuka menunjukkan kasih sayangnya.

3) Anda akan menjadi individu yang sangat berfikiran terbuka.

4) Anda akan menjadi individu yang lebih berani dan kurang risau tentang apa yg akan berlaku di masa hadapan.

5) Anda akan dikelilingi oleh individu2 yg sangat baik, mengambil berat tentang anda dan anak anda.

6) Anda dapat berjimat dalam membeli pakaian. Anak2 kitakan agak lambat pertumbuhannya jadi tak adalah kita asyik duk bershopping membeli baju baby yg sgt2  cute tu...

7) Anda akan lebih mudah menerima idea org lain dan kurang menghiraukan pandangan org sekelliling  terhadap anak anda.

8) Rohaniah anda akan semakin  berkembang. Langkah pertama untuk ceriakan hidup anda ialah belas kasihan. So, belas kasihan yg diberikan kepada anak anda dapat sedikit sebanyak meningkatkan aspek rohani anda.

9) Secara fisiologi, anda mendapat keuntungan dengan memberi dan menerima kasih sayang dari anak istimewa ini. Ini kerana anak2 istimewa ini sgt pandai menunjukkan kasih sayangnya kepada kita dan org lain

10) Anda dapat memahami maksud sebenar kehidupan ini.

Setuju tak dengan pendapat Dolores Monet ni? Kalau tak setuju , kalian boleh bagi pendapat masing2.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 komen:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

pandai dah hasif kan kak....sofie pun mcm hasif juga. pandai dah ikut gaya org. budak cepat belajar.

KLMari said...

Setuju dengan all the points tu...We looked at life differently..:)

Azma said...

Fiza : alhamdulillah..syukur atas kurniaanNya. kdg2 kita x sedar kurniaan yg kita anggap 'menyedihkan' itu memberikan kita lebih kegembiraan sebenarnya.

************
KLMari : betul tu..

Insan Kerdil said...

seringkali apabila kita mula menerima sesuatu perkara...sesuatu ketentuan...berusaha sebaik mungkin mencernakan setiap kemungkinan hikmah yang tersembunyi tanpa mempertikaikan kenyataan...tanpa sedar kita mula mengalihkan perhatian....dan seterusnya menyandarkan harapan.. kerana kita percaya setiap perkara yang berlaku akan membuka lipatan harapan yang lain...tetapi mana mungkin menidakkan perancangan Allah..yang sudah tentunya terbaik bagi hamba2Nya...
fitrah seorang ibu..fitrah seorang bapa..melimpah ruah kasih sayang untuk permata hati yang cukup istimewa ini..anugerah daripada Ilahi..membuatkan cara kita memandang sesuatu perkara perlu sentiasa fleksible selagi ianya berteraskan hukum Allah..bersandarkan sunnah Rasul agar hati sentiasa belajar untuk redha akan ketentuan Allah..

Wallahu'alam...

Anonymous said...

setuju sgt.bagusnya cara akak didik hasif.suka baca