Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 6 August 2010

Ginkgo...boleh saya try doktor?

Website dari oversea berkenaan SD sering aku lawati untuk mendapatkan info terkini bg membesarkan anakku dgn sebaik mungkin. Antara website yang aku dapati amat memberansangkan ialah http://www.changingmindsfoundation.org/  Korang pergi la ke situ & baca yek. Website tu mmg membuatkan aku rasa best sangat2 sbb hasil dari mengikuti protokol yg dicadangkan, anak2 SD menjadi seperti anak2 normal. Aku telah mengutarakan hal ini kepada doktor pakar di PPUM namun selalunya aku merasa kecewa dengan respon mereka. Tiada satu pun yang menyokong protokol tersebut. Ini kerana dlm protokol tersebut ada menggunakan ubat sejenis antidepressant yg mana bila digunakan terlalu lama akan menyebabkan anak2 menjadi lali dgnnya. Biasa la kan..kalau kita ambil panadol hari-hari 2 biji, lama-lama 2 biji dah tak berkesan lagi kan.. Kalau dah namanya ubat tu, mestilah bahan asasnya dadah..So, doktor2 mmg kurang bersetuju. Tambah2 protokol tu masih dalam kajian lagi.

Aku masuk ke website lain plak. Macam2 nama..super downsyndrome la, einstein syndrome la.. Tp ada satu yang aku dapat kat situ. Kebanyakkannya menggalakkan penggunaan Ginkgo biloba iaitu sejenis herba dalam memberi supplemen kepada anak-anak SD ini. Fungsi Ginkgo ini ialah mencegah kekurangan vitamin dan mineral dan untuk melancarkan aliran darah dalam otak untuk meningkatkan fungsi kognitif daya ingatan. So, dikatakan ianya banyak membantu dalam perkembangan otak anak2 SD sama seperti protokol dalam changingmindfoundation tu..


daun Ginkgo

Aku teruja sangat2.. Dah dekat 6 bulan aku beli Ginkgo tu dari farmasi. Brand Kordels. Jangankan nak bagi hasif makan, buka botolnya pun tak lagi. Walaupun teruja, aku risaukan side effect yg mungkin terjadi kerana ianya masih dalam kajian. Namun, kerana ianya sejenis herba, aku cuba beranggapan..tak apa kot...

Kemuncaknya, baru2 ini aku dah tak boleh berfikir dgn waras lagi..hehe... Aku pun bawa ubat ni & pergi mendapatkan khidmat nasihat dengan specialist paeditrician kat Kota Damansara ni. Namanya Dr. Chua. Memang  dari umur Hasif 1 hari lagi kami mendapat khidmat nasihat beliau.

Dr ni memang menyenangkan hati aku. Segala pertanyaan aku dijawabnya dengan baik. Walaupun kdg2 jawapan yang diberikan bercanggah dengan harapan aku, tapi cara beliau menjelaskan membuat aku dapat menerimanya dengan baik.

Katanya.."Ginkgo memang membantu dalam daya ingatan seseorang tapi kurang sesuai untuk bayi. Mungkin puan boleh cuba tapi kita bimbangkan side effectnya sbb ia masih dalam kajian. Memang ia herba, tapi ia bukannya supplemen yg kita dpt dalam makanan harian spt Omega3. Ia adalah tambahan dari apa yg tak ada dalam makanan. Kalau puan masih nak teruskan, saya rasa mungkin bila dia berusia lebih 2 tahun. Itupun dgn dos yg rendah. Cadangan saya, puan cuba supplemen on safe side. Supplemen yg memang bagus untuk anak2 normal ataupun anak2 macam hasif ni tanpa perlu risau akan kesan2 negatifnya"

So, kat sini aku nak kongsi info yang beliau bagi dgn korang semua. Mungkin boleh bantu perkembangan anak2 kita ke tahap optimum.
  • Berikan anak korang Omega3. Sumber : mana2 minyak ikan yang ada di pasaran. Aku beri Hasif minyak ikan dari Amway. Fungsinya menjamin pertumbuhan, perkembangan dan fungsi normal otak dan sistem syaraf juga mempertahankan kesihatan mata dan fungsi saraf.

  • Berikan tambahan protein dengan menambahkan protein serbuk dalam makanan anak korang. Protein serbuk ni boleh dapat kat farmasi, kat syarikat jualan langsung macam Cosway, Amway dll lagi.

  • Tambahkan vitamin melalui pemberian multivitamin dalam diet anak korang. Kalau masih baby try cari sirap multivitamin. Kalau yang dah besar skit bagi multivitamin yang boleh kunyah.. Fungsinya..memastikan anak kita mempunyai vitamin yg cukup untuk tumbesran mereka yg terbaik.                        

Aku akur dengan nasihat yang diberikan olehnya. Aku tak mahu membuat sesuatu yang orang cadangkan baik tapi dalam masa yang sama tidak diketahui baik buruknya kepada anakku walaupun buat masa sekarang hasil yang ditunjukkan sangat positif, sangat memberansangkan. Korang sekalian pun boleh cuba apa yang dinasihatkan oleh beliau ini.

Lama juga aku mendapatkan khidmat nasihatnya. Nasib baik tiada patient dah selepas aku. Aku menunggu diluar untuk diberikan bil perkhidmatannya. Pembantu beliau datang sambil tersenyum. "Tak de apa2 charge kak. FOC..". Hah! Alamak..segannya aku. Lepas ni tak nak tanya dia dah la....huhu... Terima kasih Dr. Chua. Jasamu dikenang... :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

ieda said...

kismis pun baik juga untuk minda kanak2..tak salah kalau kita amalkan.

Azma said...

betul tu.. selain dr apa yg dicadangkan,kita juga boleh ambil supplemen yg memang kita biasa tahu mmg mujarab spt madu, habbatus sauda' mahupun kurma.