Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 20 August 2010

"dia mengantuk ye kak..?"

“dia mengantuk ye kak?!”
“ala la la..ciannya dia..mengantuk ye..”
“baby ngantuk ye.. ngantuk2 pun g shopping…”

Aishhh..mau aku ketuk semua orang yang cakap macam ni kat Hasif. Hahahaha… garangnya ibu Hasif nih! Mana taknya, pergi mana2 mesti diaorg cakap Hasif mengantuk, padahal adakalanya si hasif tu baru je bangun tidur.

Muka Hasif ni muka mengantuk ye? Puas dah aku belek..takde la plak aku nampak macam mengantuk. Memanglah bawah mata dia cam membengkak skit (antara ciri2 SD) tapi… Agaknya aku ni mengadap dia sentiasa sampai tak perasan wajahnya macam raut org mengantuk.

Time aku ok, aku biasanya balas camni “ tak la..dia ni baby special”. Time mood aku tak baik aku jawab “ha ah.. tak tido lagi tadi”  hihi… malas aku nak explain panjang2. Aku tak tahu sama ada diaorang tak perasan hasif ni baby special ataupun diaorang tak sampai hati nak cakap, takut aku terasa.

Hmmm..sebenarnya aku tak kisah pun. Cuma adakalanya aku rasa macam celebriti aje pasal bila pergi mana2 ada je orang duk tengok aku. Haha… perasannya Ya Allah..padahal org duk tengok Hasif. :D 

Ada sekali tu, aku singgah sembahyang kat surau Klinik Paediatrik PPUM lepas terapi Hasif. Ada seorang kakak ni datang tanya aku kenapa dengan Hasif. Aku pun jawab aku bawa dia pergi terapi. Dia tanya kenapa. Aku jawabla seadanya. Dia nampak konpius.. Pas semayang datang sorang lagi tanya. Aku pun jawab "dia ada SD…so.." Tak sempat habis ayat aku dia cakap "saya tau.."  Pulak dah..! Nak aje aku tampal kat dahi Hasif tu “Saya Mempunyai Sindrom Down” supaya tak ada sape2 lagi tanya aku pas ni..huhu..

Aku letak gambar hasif kat bawah ni. Cuba kalian bagitau aku, betul ke si Hasif ni nampak mengantuk memanjang? Atau macam berketurunan Cina? Atau men ‘konpius’kan orang bila melihatnya..Jangan bimbang aku tak akan mengetuk kepala kalian kalau kalian cakap memang macam orang mengantuk..hahaha..


Ok, jumpa lagi…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 komen:

Syahida said...

kalau setakat yang saya tengok, anak2 DS memang begitu matanya...tapi ntahlah.lain orang, lain pandangan...hehe.

kadang2 memang stres melayan pertanyaan/jawapan orang keliling..tapi nak tak nak, layankan ajelah...betul tak azma?

Azma said...

betul tu.. mcm saya tulis tu, rasa nak tampal je ayat2 sesuai kat dahi si hasif..hehe..

ieda said...

biasa jelah...tak nampak mengantuk pun...saya yg tgh mengantuk ni..hahaha..
nabila plk org selalu tanya 'laa..teriak pasai apa?'(org kedah kan...maksudnya kenapa menangis)..sb air mata selalu bergenang..kalau mengantuk lg teruk..airmata menitik...mmg org ingat dia menangis.

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

saya pun pernah kena cam tu jugak. dorg kata sofie mengantuk lah, anak cina lah...dorg kata tak nmpk SD pun...hehe. maleh dah nak layan. sabo je la kak!

ROSNAJIHAH said...

hasif ni comel la..hehehe..suke tengok die

Azma said...

ieda : hihi..jgn tido, karang patient buat report dr tido masa keje.. :) hasif pun gitu jugakla dulu..tp bila dah besar skit hilang sendiri. La ni kdg2 nangis pun x de air mata..terbalik la plak ye...

*************

fiza : ooo..mcm gitu ye.. oklah..akak buat dek je la pasni. :)

*************

najihah : kawan diha ye? akak tau kwn dia ada nama najihah tp rupanya akak tak ingat la..hihi..sori ye.. :) selamat dtg ke blog akak. teruskan bersama akak ye.. mekasih suka tgk hasif. Suka selalu tau! :D