Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 23 August 2010

Bagaimana anda boleh membantu anak2 SD menguasai skil berjalan lebih awal

Latihan fisioterapi dan urutan seringkali dilakukan untuk memastikan anak istimewa yang mempunyai SD dapat berjalan dengan cepat hampir menyamai anak-anak normal. Namun demikian, kebiasaannya penguasaan anak istimewa ini masih tetap lambat. Kajian menunjukkan anak-anak normal boleh berjalan dalam usia 12 bulan manakala anak2 istimewa yang mempunyai SD lewat setahun dari usia tersebut iaitu pada usia 24 bulan dan ke atas ( actually, ada yg dapat menguasai skil ini lebih awal).

Saya menemui satu artikel yang memberi dua cadangan mengenai hal ini di sini. Antara kandungannya :

1. Menggunakan treadmill sebagai latihan harian
  • buat latihan ini setiap hari (5 hari seminggu) selama 8 minit
  • jika berkemampuan boleh dapatkan treadmill khas untuk bayi kerana kelajuannya rendah
  • jika sudah memiliki treadmill, gunakan kelajuan paling  rendah untuk bayi anda.
  • kajian mendapati bayi yg menggunakan treadmill untuk latihan boleh berjalan 3-6 bulan lebih awal





2. Terapi dolphin

  • bayi berkawan dengan dolphin (hisshh..susah nak buat & mesti tinggi kosnya ni.. :D )
  • dikatakan apabila dolphin berada bersama anak2 kurang upaya, ia dapat mengesan ketidaupayaan tersebut dan menghasilkan bunyi pada tahap kelangsingan yg dapat menjadi sebagai satu terapi kepada individu tersebut.
  • penjelasan lanjut untuk kesannya kepada anak2 sindrom down boleh didapati di sini
  • jika berminat kalian boleh dapatkan terapi dolphin secara virtual di  sini  plak..
Selamat mencuba....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 komen:

amdang81 said...

Alhamdulillah, Balqis dah dapat berjalan. Jika berjalan dengan kasut lagi bagus dari berkaki ayam.

maza said...

teori dolphin...

rasanya boleh diubah suai.
oleh kerana aok org Temerloh, dekat dgn sg. Pahang, rasanya dolphin itu digantikan dgn ikan Patin ajelah buat neman latihan gitew..

kalau ikan keli atau puyu takut kena sengat lah fulaks gitew.. hehhehee

Azma said...

Amdang81: mesti 'ligat' balqis skrg kan? :) Syukurla.. Kaki anak kita ni kan flat, sbb tu kena pakai kasut (lg digalakkan kasut yg jenis support feet tu). Sbb tu bila pakai kasut dia berjalan lg cantik :)

************

Maza: menarik cdgn aok te..:p. Ngape x letok je ikan patin tu kat swimming pool rumoh koi ni..lagi kelasss gitu.. huk huk..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

adoi...nak beli tredamill ke? susah la gitu. mahei la...tak mampu. teori dolphin tu pulak, ek, boleh ke nak buat ni....
sofie skrg dah pandai melangkah 3, 4 langkah. cuma dia masih takut lagi...kalau ada pong pong girl, baru dia terkedek2 nak jalan. yg jadi pong pong girl sapa tau? umi dia ni la...bagai ada acara sukan bila nak tgk sofie berjalan. hehehe.... at least dia nak buat benda tu. seronok fiza,kak...

Azma said...

hahaha..jd pom pom girl la fiza ye..x pe, buleh xcercise dlm masa yg sama :)Sofie dah nak jalan dah tu fiza. Takyah la beli treadmill tu.. Yg teori dolphin tu kalu fiza nak try amik yg virtual punya. Kat malaysia ni rasanya tak wujud lagi 'mende' ni rasanya.