Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 25 October 2010

Arrrgggghhh..geramnya..

Argghhh..geramnya… Betul2 mencabar kesabaranku.. Bukan anak2 buat hal, suami pun bukan tapi kekasih awal & akhirku, spectra (my car la..), the one and only.. Rasa nak ambil penukul hentak2… remotenya bukan keretanya..hihi..

Jumaat lepas pun, remote kerete tu buat hal (ntah remote, ntah sensornya..aku pun tak tahu yg mana satu buat hal tu..). Bila aku tekan, lansung tak berfungsi. Sampai abg & kakak tak dapat ke sekolah ari tu.. Rumah aku ni isolated skit, jauh dari jalan besar, teksi jarang2 masuk tambahan tengahari Jumaat. Driver gi solat.. tunggu punya tunggu teksi, tak ada jugak. Call my neighbour, tanya ada extra bateri tuk remote sbb ingatkan bateri weak. Dia pun tak ada simpan. Dia turun try2 tekan remote tu mana tau jadi ok ke, tak jadi jugak.. Sempat gak dia membebel.. “ payoh gok jadi ore tok berapo kayo nih! Kalu kayo sket, buleh kete duo tigo butir. Hok ni, tok leh guno, buleh bawok hok lain” . Hehe.. bila lah saat2 begitu boleh jadi kenyataan kepada aku yang “hok tak berapo kayo nih!”

Tapi, malam tu bila Mr hubby try tekan remote tu, ok je. Tak ada apa2 masalah pun. Sepanjang hujung minggu remote kereta ok je.. Tak de buat hal sikit pun. So, tak de la bawak check apa yg tak kena ke bengkel. Tetiba pagi ni jadi lagi. Frustnya..huhu..

Yang buat aku marah sangat, pagi ni hasif ada kelas kat Kiwanis pukul 9-10 pagi. Dah terlepas kelas pagi ni. Terlepas peluang nak exercise dengan cikgu2 kat situ..huhu.. Tak pe lah, nak buat camne kan. Marah2 pun tak jadi apa. Lepas setengah jam duk try tekan2 remote tu tapi still tak menjadi, aku pun heret si hasif ke taman permaianan kat rumah aku tu. Buat sesi terapi dengan hasif kat situ. Ok la jugak kan..menghilangkan ‘kefrusan’ yang melanda..

Bila jumpa org tua2, diaorg selalu cakap, petua org dulu2 kalau nak anak cepat berjalan pagi2 bawa anak berjalan kaki ayam atas rumput. Biar kaki dia kena embun kat daun rumput tu. Dah lama dan banyak kali aku mendengarnya tapi biasalah kan.. penyakit malas tu banyak. Tambah2 nak kluar rumah kena full dress. Jiran aku kan beratus2, takkan nak pakai hentam2 + mendedahkan aurat..ye tak? Tapi pagi ni kan dah full dress, terus je la exercise ngan hasif tanpa perlu nak fikir apa2 lagi.

Aku bawa dia berjalan2 berkaki ayam beberapa minit. Panjat pulak tempat2 singgahan untuk sit-up dsb kat situ sampai si hasif letih. Berjalan sampai berbunyi2 nafasnya..hehe.. Kesian hasif kena dera dengan ibu. Tapi dia ceria aje.. dapat bergerak bebas merata2. Tapi bila nafas dah berbunyi tu mulalah dia start merengek2. Barulah aku stop sesi mendera si Hasif tu..hihi..

penatnya.. minum susu dulu la..


                                      
Bestnye susu ni...


Nak buat apa tu sif?? Nak panjat ke..


Sesi exercise


Sesi exercise jugak

Oklah..hati dah rasa sedikit gumbira walaupun bengang tu ada lagi. Mengamuk ngan hubby tadi…hehe..so hubby kata tengahari dia balik htr anak2 g sekolah & tengok apa yg tak kena. Hmmm…lega skit rasa. Si abang start exam hari ni. Tu yg hati jadi gundah gulana bila kereta problem ni… Alhamdulillah ada penyelesaian jangka masa pendek buat masa sekarang.. Hopefully semua ok pasni…



Salam geram, hihi..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 komen:

maza said...

err.. mengamuk dgn suami?!!!

huhuhu.. lain kali pijakkan sekali dgn keta2 tu. hahahaha

psst: elok hantar ke pusat servis.. dah sampai masa agaknya tu..

huhuhu

Azma said...

@maza mengamuk manja2 je la..haha..ok lg la kete ma tu..dah tkr bateri remote td. mmg betul baterinya weak...hehehe..

Syahida said...

Azma, sy pun biasa dengar petua berjalan kaki atas rumput tanpa kasut tu..bagus utk sensori juga tu...teruskan usaha anda! terapi dengan mama mesti lg best..hehe

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..ina lagilah..umah ada rumput..tapi dah simen abes..hahaha!!!tak larat nak potong rumput dah..

ina ada terpikir gak..aituh Jiey..mama rayyan ada buat..dia beli mcm petak2 rumput..pastu simpan kat umah..embunkan ke..pastu bagi anak jalan..tak yah nak kuar2 umah..dok dlm umah pun leh buat..

ok ke kak..?klu akak nak cuba bleh je tu..hehe

Azma said...

@Syahida terapi ngan ibu memang lg best tapi lagi penat la..hihi..

Azma said...

@Yasmin Nabilah.. menarik gak tu..tak pernah terpikir sampai je situ plak.. satu cdgn yg boleh dipertimbangkan tu.. :) Mekasih na..