Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Tuesday, 19 October 2010

Theraputty.. (untuk Hasif)

* Theraputty ini juga sesuai untuk anak2 istimewa yg lain, bukan sindrom down sahaja.

Pernah dengar theraputty (cara sebut: tera-pati). Aku pun 1st time dengar tentang theraputty ni 2 bulan yang lepas bila cikgu hasif di Kiwanis menyebutnya. Theraputty diperbuat daripada getah silicon dan tidak mengandungi unsur2 @ bahan2 dari getah. Ia kelihatan seperti plastacine cuma ada pelbagai tahap keliatannya/kekuatannya serta ianya tidak mempunyai bau yg kuat. Ianya juga boleh dipanaskan dalam microwave untuk menambahkan ransangan kepada individu yang menggunakannya.


Pilihan untuk theraputty

Antara fungsi theraputty ini ialah membantu dalam menguasai skil2 occupational therapy (terapi cara kerja). Namun kalian perlu tahu setakat mana anak kalian ‘delay’ dalam OT bagi memilih tahap keliatan yg sesuai dengan anak kalian. Tapi kalau silap beli pun tak pa..tak memudaratkan pun cuma duit terbang le.. Kalau therapist anak kalian tahu pasal theraputty ni, cubala tanya tahap keliatan mana yg sesuai kay! Selain itu ia juga boleh digunakan sebagai alat exercise untuk menguatkan tangan. Theraputty ini sesuai untuk individu yang mengalami masalah sensory. Memicitnya dan menggunakannya boleh meningkatkan pengesanan penerimaan ransangan kepada sensory anak2 tersebut.

Dengan kata lain,, ia sangat berguna untuk menguatkan jari-jemari,atau keseluruhan tangan dan juga membantu meningkatkan kadar pergerakan, kekutan dan pergerakan tendon.


 
Antara excercise dengan theraputty

Rujuk rajah di bawah untuk senarai warna dan tahap keliatan theraputty. Maaf ye tahap keliatan/kekuatan tu dalam BI. Tak reti aku nak menterjemahkannya ke bahasa kita.



 Untuk Hasif , cikgu dia suggest warna hijau. Oklah tu kot..tangan dia ok jugak agaknya..

Theraputty millik hasif


Saya punya ni tau!!


Nak gigit pun tak pe, jgn telan sudah ye sif..


Buat apa ni bu...??

Pulas asif, pulas...


Video di bawah ni menunjukkan cara-cara menggunakan therapatty.


Oh ye..kalau ada sesiapa yg berminat, harga yg sama besar dengan Hasif tu RM40. Kalau nak beli sendiri boleh beli secara online dengan amazon.com . Kalau nak dapatkan contact no. untuk order theraputty ni dari aku, send mesej kat akaun facebook  Azma Ab. Nanti aku send no. telefon tersebut kepada kalian.

Salam mesra,




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

maza said...

WAH! elok ni..
selalunya abg gunakan belon untuk merangsang sensitivity..

barangkali bendalah ini sesuai digunakan kot utk merangsang kami.. hehhehehe

Azma said...

@maza erkk... *speechless*