Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Friday, 22 October 2010

Memilih toys untuk Yang Teristimewa

Salam Jumaat...

 gambar ihsan goggle

Aku sekarang suka sangat mencari toys untuk hasif. Learning toys.. supaya dia boleh belajar sambil bermain. Semangat aku semakin bertambah bila membaca entry dari teman blogger, Syahida yang begitu tekun melatih anak autistiknya, Abil. Sedikit sebanyak mendorong aku untuk lebih rajin melatih Hasif.

Sehari dua ni sibuk search special needs toy kat internet. Saja je... Sekali tu aku jumpa site fatbraintoys.com. Menarik sangat2. Aku pun teruja giler la.. Tapi, bila check kos penghantarannya, mak oii... barang USD 14, kos penghantaran USD 32. Hah! Duk diam2. Takde duit buat cara tak de duit..hehe.. Tapi dari situ aku boleh belajar cari toys yg murah kat sini dengan fungsi yg sama..atau mungkin bentuk dan cara pembelajarannya pun sama. Tak gitu? 

Hari ni nak share toys yg macam mana sesuai untuk dibeli buat yang teristimewa (dan kawan2 yang teristimewa).
  • cari toys yang boleh membantu perkembangan mereka dari segi PT & OT, yg dapat meningkatkan skil motor, mengasah proses mental dan mengajar mereka skil2 yg perlu dalam kehidupan seharian. Kesemua toys ini boleh digunakan untuk mewujudkan aktiviti2 yg meransang perkembangan mereka dan sedikit sebanyak mempercepatkan apa yg lambat (delay) pada yg teristimewa
  • Dedahkan yang teristimewa dengan toys yg bersifat meransang (stimulate) seawal yg mungkin. Masa dalam hari pun dah boleh start kawan2.. tak ada salahnya kan. Lagipun, proses berpantang tak seharusnya digunakan untuk menangisi keadaan/ berita sedih yang baru diterima sepanjang masa kan!! Contohnya rattles yang berwarna-warni (walaupun masa tu baby hanya baru kenal hitam, putih & merah je) , bola2 yang pelbagai saiz & tekstur, troley kecil yang berbunyi bila ditolak supaya menggalakkan mereka untuk menolaknya dan pelbagai jenis toys lagi.
  • Kasut baby yg mempunyai bunyi boleh menggalakkan mereka mencari dan mengenali kaki mereka. Toys yang boleh dibuka & ditutup, dipulas & dipusing, disusun dan diasingkan juga antara toys yg sesuai untuk perkembangan skil motor yang teristimewa. Toys yang diperbuat dari getah yang boleh dipicit dan mengeluarkan bunyi serta pelbagai saiz pula dapat membantu perkembangan motor halus (fine motor) mereka.
  • Pilih toys yg boleh meningkatkan harga diri yang teristimewa. Contohnya mainan yg mereka boleh bermain bersama2 dengan kanak2 lain atau toys yang sama seperti mereka. Contohnya anak patung yang berwajah seperti yang teristimewa. Anak patung yang sebegini dapat membantu mereka berasa normal dengan ciri2 berbeza dari org lain yang mereka miliki.  Anak patung ini dibuat sama seperti yang teristimewa; bermulut kecil, bermata sepet, anggota badan yg pendek dan juga jarak yang luas antara ibu jari kaki dengan jari2 yg lain. Bermain dengan anak patung sebegini dapat meningkatkan kepercayaan kepada diri sendiri dan menjadi teman yang menyenangkan ketika mereka berada dalam keadaaan yang tidak sihat.

Anak patung Sindrom Down
  • Carilah toys yang dapat membantu perkembangan pertuturan yang teristimewa. Yang teristimewa dapat memiliki perhubungan sosial yang lebih baik jika mereka dapat bertutur dengan baik. Contoh : buku2 yang disertakan dengan alatan audio dan kad2 'touch and feel'. Oleh kerana kebolehan bertutur yang teristimewa ni berbeza2, jadi ada baiknya kalian rujuk dengan ahli terapi pertuturan anak kalian untuk mendapatkan cadangan dari beliau. Nanti beli macam2 tapi tak sesuai dengan yang teristimewa, membazirla plak kan..
Sebenarnya, tanpa mencari @ mengeluarkan wang untuk membeli pelbagai toys tu pun, kita boleh menggunakan barang2 dalam rumah kita sebagai mainan yg dapat membantu perkembangan yang teristimewa. Jangan membazir.. (ingatan untuk diri sendiri sebenarnya..hehe..). Cari aje mana2 barang2 kat rumah yg berzip ataupun berbutang. Biasanya baju @ seluarkan! Ajar anak2 cara menarik zip utk tutup dan buka atau cara membutangkan atau membuka butang baju. Ataupun boleh gunakan sudip bersama periuk lama untuk mereka 'bergendang' di rumah..haha.. mau tunggang terbalik rumah pastu..Atau bagi anak dengar lagu/ apa2 saja dari handphone kalian juga boleh meransangkan fungsi2 sensory anak kalian.


BE CREATIVE and GOOD LUCK!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 komen:

Syahida said...

good luck azma.

kadang-kadang ada site malaysia yang jual toys 2nd hand tau. cuba google.saya tak pernah beli sbb toys yang dijual lebih sesuai untuk anak2 umur bawah 6 tahun. nanti kalau ada site sesuai saya bagitau insyAllah :-)

Azma said...

@Syahida thanx syida.. dah try site yg syida bg kat FB tu. Br book aje td. terjumpa gak satu. Hrp2 dpt le sbb sape cpt dia dpt kan..

ieda said...

saya tak banyak beli mainan untuk nabila.dia hanya main barang2 yg mmg sedia ada dlm rumah macam pinggan mangkuk,botol susu,kotak tisu,tin biskut,botol mineral dsb.dia banyak belajar dari situ.

Azma said...

@ieda memang elok kita dedahkan dia dengan keadaan persekitaran yg sebenar. Senang untuk dia sesuaikan diri nanti kan.. Ibu dia pun dari kumpulan kreatif yg saya tuliskan tu kot..tu yg menjadi je wpun x byk guna toys.. :)

maza said...

errkkk..baru lepas anak2 maza mengepow atuknya beli mainan...

kereta berwayar berkuasa bateri dan bola sepak.. dan sudah bertambun2 sebenarnya mainan serupa tapi masih mau juga mengepow org tua itu dgn mainan yg sama... huhuhuhu

nasib baik atuknya baru dapat duit buah sawit.. heheheh

yg ironinya, tahu pulak budak2 tu bila masa atuknya berduit.. hahahha

Azma said...

@maza kalau ma nak join skali mengepow atuk nasrun utk hasif & the gang boleh tak?? hehe..

mokhrus said...

akak kat mana kedai yg jual toys tu

Azma said...

@mokhrus toy yg mana satu ye? selain dari anak patubg Down Syndrome tu, semua boleh beli kat malaysia ni. Anak patung tu kena beli dr oversea. Mokhrus google 'down syndrome dolls', insyaAllah jumpa. Sepanjang akak duk mencari mainan tu semua, byk gak tmpat yg akak dah jumpa. etrojaya,think toys the curves, tesco, toy r us ikano, one utama dll nlagi

adilah manaf said...

Betul tu apa yang dikongsi :) Selalu kita ambil mudah.

Selain itu, kita perlu pastikan, toys yang diberikan kepada anak mempunyai ciri keselamatan seperti;-

-Tiada permukaan tajam
-Tiada bahagian-bahagian kecil yang mudah ditelan
-Material yang bebas bahan kimia atau bahan toksik
-Barang mainan yang tak mudah pecah

Ada lagi Tips Pilih Mainan Yang Betul Untuk Anak Kena rajin klik la untuk info :)