Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 6 October 2010

Strategi membesarkan Yang Teristimewa



Strategi yg kutuliskan ini berdasarkan info yang aku baca dari sumber di atas. Meh kita share ye!

1) Berikan kasih sayang sepenuhnya kepada yang teristimewa.

2) Berikan ransangan yg banyak kerana yang teristimewa tidak mempunyai banyak idea tentang persekitaran. So, kita sebagai parents kena la bantu kay! Perkenalkan pelbagai macam benda dan perkara untuk mereka ketahui dan memahaminya.

3) Menjangkakan perkara yang tidak terjangka/ tidak disangka2. Walaupun yang teristimewa  kita dikatakan lembik/ lembab dan sebagainya, sebenarnya kadang2 mereka boleh bergerak dengan pantas sekali terhadap sesuatu perkara tanpa diajar2. Macam hasif, walaupun hanya dengan mengesot, dia boleh bergerak dengan pantas sekali dan mencabut broadband dari laptop tanpa sempat aku mengejarnya..hehe..

4) Keluar..bawa yang teristimewa ke mana sahaja. Tunjukkan dia dunia ni macam mana. Berikan komen, penjelasan dan soalan2 kepadanya tentang apa sahaja yang dilihat. Jika kalian membawanya ke taman dan dia berminat untuk memanjat tetapi tidak mampu melakukannya, bantu dia sehingga dia boleh. jangan biarkan dia terasing dari kanak2 lain. Jangan sorokkan anak kalian. Tak perlu malu dengan status anak istimewa yang dimiliknya itu.

5) Kalau ikut cadangan penulis hubpages, beliau mencadangkan tv ditutup. Tapi bagi aku, tv masih boleh digunakan sebagai salah satu elemen pengajaran untuk yang teristimewa. Tapi jangan berlebihan dan carikan VCD pembelajaran yang sesuai untuknya. Menghadap tv yang berlebihan boleh menyebabkan yang teristimewa menjadi bertambah pasif dan melambatkan perkembangan otot2 mata dan juga perkembangan bahasa mereka.

6) Mula membaca kepada yang teristimewa seawal yang mungkin dan sebanyak yang mungkin. Yang teristimewa selalunya adalah individu yg pasif, so aktiviti yang tidak banyak menggunakan pergerakan anggota seperti membaca adalah salah satu aktiviti yang disukai oleh mereka. Mereka juga agak manja, jadi sambil membaca anda boleh meletakkan mereka di ribaan anda, pasti mereka sangat menyukainya.. Bacalah sebarang bahan bacaan yang boleh menarik minat mereka. Tunjukkan mereka juga bagaimana untuk membaca seperti menggerakkan tangan ke setiap perkataan, memgang buku dengan elok, menyelak halaman buku dsb.

7) Pengulangan. Semua kanak2 belajar melalui aktiviti yang berulang2. Begitu juga dengan yang teristimewa. Cuma, pengulangan itu perlu dilakukan dengan lebih banyak bersama mereka. Bak kata speech therapist di PPUM, kalau anak normal 10 kali ulang mereka dah boleh menirunya, tetapi yang teristimewa 100 kali mungkin!!!

8) Muzik. Perdengarkan mereka dengan pelbagai jenis muzik. Muzik boleh menenangkan mahupun mengaktifkan seseorang. Bila anak2 mendengar muzik, biasanya mereka akan menggerakkan anggota badan mereka seperti menari. Situasi ini membantu meningkatkan perkembangan motor yang teristimewa seperti mengimbangi badan, koordinasi, meningkatkan stamina dan kekuatan tubuh. Hasif sekarang pun pantang dengar lagu. Pasti dia akan menggoyang2kan kepalanya ataupun menggerakkan tubuhnya. Hmmm.. sebagai seorang muslim saya juga menggalakkan kalian perdengarkan yang teristimewa dengan zikir munajat ataupun ayat2 al-quran selain dari muzik mozart dll.

9) Bercakap. Bercakap. Bercakap. Bercakap dengan yang teristimewa sebanyak yang mungkin. Selain boleh membantu mereka bertutur, mereka juga dapat diperkenalkan dengan adab bertutur yang terbaik untuk menjelaskan apa yg mereka mahu, bertanya soalan ataupun menceritakan apa yg mereka nampak.

10) Sentiasa menolak lidah anak anda masuk ke dalam mulut. Tapi lakukan dengan selembut yg mungkin. Ramai di kalangan yang teristimewa mempunyai lidah yang terjelir keluar kerana masalah hipotonia yg dimiliki oleh mereka. Selain dari kelihatan tidak menarik, ia juga mengganggu kebolehan mereka untuk bertutur. Basuh tangan kalian sebelum menolak lidah mereka masuk ye... :). Lama-kelamaan yang teristimewa akan melakukannya sendiri. Syukur lidah si hasif tidak selalu terjelir keluar. Mungkin penggunaan baby liptrainer banyak membantu agaknya..

Selain dari di atas mungkin banyak lagi strategi yang boleh membantu kita, parents kepada yg teristimewa. Tak lupa penyediaan makanan yg mempunyai khasiat yang terbaik dan juga supplemen2 yg sesuai turut boleh diberikan kepada mereka...


Salam mesra,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 komen:

maza said...

kelurga bahagia gitew..
heheheh

Azma said...

@maza byk komen abg maza send kat intense debate! ;)
InsyaAllah...begitulah harapnya..

siti rahayu said...

good info mate! aku pun suka baca

Azma said...

@siti rahayu hehe..malu plak rasa bila ko ckp mcm tu. Kalau org lain, tak pe je..haha.. Actually, boleh dipraktiskan utk anak2 normal jugak kan! Kalau anak2 normal dilatih seperti di atas,mereka boleh jadi anak2 sindrom einstein kot! :)

siti rahayu said...

masalahnya koma, kalau anak kita normal adakah kita akan buat macam ni! but honestly u really inspired me with all d' info & effort!

Azma said...

@siti rahayu betul la tu..kalau anak normal, kita biasa buat tak tahu je. Asal perkembangan macam org lain, kira ok la tu.. (pengalaman aku sendiri la..). Mekasih mate, kita share ye..mana2 ilmu yg kita dapat.