Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Monday, 11 October 2010

Cerita di usia 1 ½ tahun

Semalam, 10.10.10, angkasawan kita, Syeikh Muzaffar berkahwin. Tahniah diucapkan. Semalam juga usia Hasif menjagkau 1 thn 6 bulan… Aku silap mengira umur Hasif rupanya selama ni..Aku sangka usianya pd tarikh ini 1 thn 7 bulan. Dah tua ibu hasif ni..boleh tersilap kira… Nasib baik ayah Hasif tolong kirakan & betulkan..hehe.. Ini bermakna, dia berumur 1 thn 5 bln semasa boleh merangkak & bukannya 1 thn 6 bulan seperti yg aku tulis dalam entry akhirnya dia merangkak jua.. (sudah dibetulkan..). Semalam jugak Hasif demam kuat. Kdg2 hampir sampai 40o C. Sampai ibunya rasa nak demam melihat bacaan thermometer tu..

Aku baru aje menyuapkan PCM kepada Hasif sebentar tadi. Lepas ni aku nak ke klinik sebab demamnya masih tak kebah2 dari semalam. Hari ni bertambah dengan batuk & selesema pulak. Kaki & tangannya pun sejuk je  tapi bahagian badan yg lain panas pulak.. Risau betul rasa.. Entah kenapa dia demam, aku pun tak pasti. Memang kakak dia pun demam 3 hari lepas. Tapi sekejap aje. Tak tahulah kalau virus dalam badan kakak dia menular ke dalam badan dia pulak. Sebelum ni dia susah nak demam walaupun org sekeliling demam. Hmmm… aku kena lebih berhati2 lepas ni nampaknya..

Sepanjang siang semalam dia masih aktif walaupun demam cuma banyak tidur aje. Itupun tak lama tidurnya.Tapi belah malam dia start merengek2 & menangis. Suhu badannya masih turun naik. PCM perlu diberi dalam tempoh 4 jam, kalau aku tunggu sehingga 6 jam, suhu badannya akan mencecah 40 darjah. Dah lama dia tak demam. Ubatnya yg terakhir aku lihat 4 bulan lepas. Bila demam, nampak teruk sangat.. Harap2 cepatlah kebah..Cepat sihat ye sayang..


baru lepas mandi air asam...

Kata org, anak kecil kalau beralih bulan pun boleh demam. Mungkin tu salah satu faktor kot... Dalam masa yg sama gigi Hasif makin bertambah nampaknya.. Gigi yg sedia ada 5 btg, nampak 5 batang lagi sedang menyusul. Mungkin tu jugak salah satu penyebab dia demam agaknya.

Hasif juga sudah agak berani utk berdiri tanpa dipegang. Tapi beberapa saat aje.. Ada la dalam 4-5 saat kot! Itu pun tak selalu. Kdg2 1 saat pun jatuh..hehe.. Tapi bagi aku itu satu perkembangan yg positif. Sebelum ni kalau didirikan dan cuba dilepaskan, dia akan terus memaut badan atau baju aku. Sekarang, nampaknya dia berusaha mengimbangkan dirinya.. Alhamdulillah..

Video talking hands yg aku belikan untuknya baru2 ni, bukanlah video favourite Hasif. So, aku bg dia tengok sekali sekala aje. Jika berkesempatan, aku akan duduk di sebelahnya dan mengajuk gerakan tangan sambil menyebut perkataan bg isyarat tersebut. Sungguh menggembirakan bila aku dapati dia boleh mengikut isyarat yg ditunjukkan. Ada sesetengah isyarat dia sudah ingat spt isyarat ayah. Isyarat utk ibu tak ingat plak!! huhu... Isyarat sayang, kdg2 ingat, kdg2 tak. Memang betul la..aku kena ulang semua benda tu berulang2 kali.
Ok.. Cukup setakat ini dulu. Aku nak bergerak ke klinik bersama hasif & kakaknya. Harap2 demamnya beransur baik hari ni.Amin..

Gambar pagi ni..kesiannya dia..huhu..


Kenang hasif dalam doa kalian,


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 komen:

anakistimewa said...

semoga cepat sembuh ye.. :)

ieda said...

hasif...cepat sembuh yer...demam nak boleh berjalan kot ni...

Azma said...

@anakistimewa mekasih uncle..

Azma said...

@ieda mekasih auntie..harap2 pas demam ni terus melompat & boleh berjalan..haha...

maza said...

kalau sudah mencecah 40 darjah itew, elok dimandikan dgn segera.. atau lap kan dgn air sejuk juga..

kalau org kampung panggil, dijaramkan seluruh badan..

anak2 yg kecil janganlah ditepekkan cool fever di kepala, ditakuti boleh kena sawan panas pula (nasihat doktor dr. Klinik Pusrawi)...

segeralah ke klinik, jgn segan2 dan malu2 ya kalau demamnya semakin melarat..

***
lepas belajar bahasa isyarat tangan, lepas ni boleh guna kaki pula.. hehehhehe (fulaks gitew kan?)

Azma said...

@maza nape plak tepek cool fever boleh kena sawan panas plak ye abg maza? ni br 1st time ma dgr.. Bkn ke fgsinya menyerap haba & bebaskan haba tu kuar? risau gak ni..
* mmg si hasif tu basah lencun je ari ni..

maza said...

betul fungsinya menyerap kepanasan.. tetapi bagi bayi ditakuti panas yang keluar hanya di kepala, kemudian kepanasan keseluruhan badan akan tetap terkumpul dan akhir meledak di kepala..

dari itu elakkan dari menggunakan kool fever utk baby.. kalau abg man tu tak pe lagi ler...

sedapatnya gunakan air sejuk utk menjaramkan kepala dan badan sekali utk baby (berguna juga utk org dewasa)...

mudah2an rawatan ini berguna utk kita semua.. elakkan sawan dan kancing gigi sebelum terkena seh!

Azma said...

@maza oo..gitu ye..mekasih..info yg berguna tu.. Tu la, takut dia terkena sawan je tgk suhu badan tinggi sgt tu..