Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Thursday, 28 October 2010

OT Time....

Di teratak kecilku ini, ada satu part yang menjadi kegemaran Hasif untuk masuk. Tak bagi masuk pun, nak... masuk jugak. Dia mengesot laju. Sedar2 tengok dah sampai dah... Sekarang ni, sejak dah pandai merangkak, macam anak harimau je sampainya.. Tempat kegemarannya tu.... DAPUR.. :)

Suka masuk dapur pasal ibu selalu kat dapur. Lagipun kat dapur ada banyak pintu kabinet dan laci. Boleh main tarik laci dan tutup laci. Boleh jugak main buka pintu, tutup pintu kabinet. Kalau sampai, boleh capai sudip @ senduk ibu buat ketuk2 lantai. Kalau ibu angin elok, ibu bagi pulak periuk besar supaya hasif boleh ketuk..sebab tu dia suka sangat nak masuk dapur nih!

Hmmm...ada satu lagi benda yang buat dia sangat sukakan dapur ibu ni.. Peti ais ibu.. bukan isi peti ais tapi pintu peti ais. Kenapa ye? Tengok gambar kat bawah..


Sesi OT di dapur ibu

Inilah yang dia suka sangat. Sambil cuba mencabut semua pelekat magnetik tu, mulutnya bising sungguh! Terapi mulut dalam masa yang sama..

Aktiviti ini boleh melatih Hasif memegang barang2 kecil dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sahaja. Kalau tidak dilatih, dia akan memegang barang2 even yang kecil pun dengan cara menggenggam. Nanti, bila suap nasi pun dengan cara menggenggam. Boleh bayangkan betapa 'comel'nya kita punya yang teristimewa bila menyuap nasi sedemikian???

Kalau kalian perasan, pelekat magnetik yang hasif try cabut tu pun yang besar. Yang kecil dia tak berapa boleh buat lagi. Hanya berjaya tanggalkan jarang2 atau dia akan mengheret pelekat tu ke tepi pintu peti ais dan mencabutnya bila separuh dari pelekat berada diluar pintu peti ais tu. Maksudnya..kena buat latihan banyak lagi la....

Mehla join Hasif...



Salam mesra,


 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 komen:

Syahida said...

pakej 2 dalam 1 ni..sambil2 di dapur, sambil latih anak ber-OT *thumbs up!

Azma said...

@Syahida dapat mengurangkan dia mengacau saya memasak pun ye syida.. :)

maza said...

maza akan join hasif apabila dalam peti ais itu ada makanan seperti ayam kenny rogers, pizza hut, spaghetti, dan makanan lazat jerk..

hahahha

nuyin2u said...

kecik - kecik dah tolong ibu didapur ni...bagus..

Sidratul Muntaha said...

dapur..
ehehe..
mana - mana budak pun suke..
mcm2 ade!

Azma said...

@maza mintak maaf la pokcik maza..kikiki..peti ais rumah asif ni ibu simpan petai, budu, cencalok, belacan, ikan kering, tempoyak dan rakan2 yg sewaktu dgnnya aje..maksudnya sampai bila2 pun pokcik maza tokleh join.. :p

Azma said...

@nuyin2u tolong ibu sambil mem'blok' ibu dari bergerak bebas kat dapur tu.. :)

Azma said...

@Sidratul Muntaha hai..salam perkenalan ye.. macam2 ada tu yg pening tu..duk sibuk kluar masuk dapur aje kejenya.. :)

Anonymous said...

kehidupan seorang ibu...perjalanan hidup seorang bapa...adalah pada kisah si permata hati..

punya pelbagai kerenah...mengundang jua pelbagai suka duka...meski mengamit pelbagai emosi...tetap jua mensyukuri...kerana dia lah si permata hati...

dalam banyak waktu si permata hati menjadi kekuatan...tapi ada ketikanya menuntut jua kekuatan si ibu...kekuatan si bapa dalam membentengi...

dalam lengkap melengkapi...hadirnya bahagia pabila saling memberi dan menerima....

ketentuan Allah adalah Rahsia Allah...

Wallahu'alam