Hai.... jemput baca cerita Yang Terstimewa saya
RSS

Wednesday, 13 October 2010

Teruk demam dia kali ni..

Sedih.. tak nak berenggang dgn ibu sbb demam. Ibu dah penat giler..

Kesian Hasif..Sejak kelahirannya hingga baru2 ni dia tidak pernah mengalami demam yg teruk. Setakat hangat badan sikit2, dan batuk serta selesema yang jarang2. Masalah utama dia hanyalah kahak yg masih menghantui salur pernafasannya. Entry sebelum ni aku sudah bercerita tentang demamnya tu, kali ni sambung skit lagi..

Sejak 4 hari lepas, demamnya sungguh tinggi. Suhu badan turun naik antara 38-40 darjah. Dia juga kelihatan lemah. Ibunya pun join jd lemah sbb tak cukup tido..huhu.. Ada satu ketika suhu badannya terlalu tinggi sehingga air matanya mengalir kerana kepanasan tersebut. Risaunya aku tidak terkata..Aku basahkan badannya dengan air & meminta hubby mengeluarkan ais & meletakkannya ke dalam plastik supaya boleh aku demahkannya (betulke perkataan ni ye?? … ) ke seluruh badan hasif. Ya, aku tau nasihat doktor supaya gunakan air biasa saja tp aku dah tak tertahan tengok air mata yg mengalir kerana kepanasan tu.. Dalam masa yg sama PCM terus diberikan mengikut jadual. Namun, hasilnya masih tak seberapa. Last2 aku ambil ubat peluru (ubat demam masuk kat punggung tu..) dan sumbat kat punggung dia.. Barula demamnya beransur baik.. Namun, masih tak berakhir lagi. Bila malam menjelang, suhu badannya naik semula..Adusss..susahnya hati ibu Sif… Ulang lg proses yg sama.. Pagi ni ok la tu..Jgn la malam nanti berulang lagi. Aku dah pening2 lalat dah ni tak cukup tidur..


Mulut budak demam ni merah sentiasa sbb panas..

Demam dia kali ini pun agak berbeza dr sebelum2 ni. Tubuhnya begitu panas tetapi kaki & tangannya sejuk. Bila aku basahkan tubuhnya dengan air @ membasuh punggungnya bila dia u’uk, dia akan mengeletar kesejukan.. Kenapalah anak ibu ni ye??

Sebelah siang, dia still demam tp suhunya dalam 38 aje. Masih mampu membuat dia aktif. Sibuk mengesot ke sana ke mari. Bila didirikan, cuba nak melangkah. Tengok gambar kat bawah ni.. Hasif buat aksi berani mati utk berdiri & melangkah 2-3 langkah..



Salam ingatan,

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 komen:

mokhrus said...

SEMOGA CEPAT SEMBUH YER HASIF

Azma said...

@mokhrus ahaks..uncle mokhrus dah berjaya 'mengomen' kat sini ye.. bagussss... uncle doa selalu asif sihat cpt ye..

Syahida said...

azma, sekarang ni musim viral fever. sian bila anak2 sakit. harap2 hasif cepat sembuh.Amin

maza said...

elakkan virus agar pergi dan tingkatkan prestasi..

selamat beramal..
dan hasif cepat sihat ya..

ameennn

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..musim demam skrg ni..ina klu Nabila dah suhu dah 38 je..terus bagi ubat punggung..sebab takut sawan dia dtg balik..mmg bahaya..

Moga Hasif lekas2 sembuh..Amin..

Azma said...

@Syahida betul tu..merata2 dengar anak2 kecik demam. bukan anak kecil je, org dewasa pon sama.. mekasih doakan kesihatan hasif..

Azma said...

@maza kalau boleh elak, lama dah ma elakkan abg maza.. Aminnnn utk doa itu..

Azma said...

@Yasmin Nabilah.. itula yg paling akak risaukan ina. tu yg masa air mata dia mengalir krn panas akak cari ais tu..mekasih na..

aida zain said...

salam...kesian tgk dia xsihat...moga cepat sembuh ye..

Azma said...

@aida zain aminn..mekasih ye aida

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

fiza faham kak...fiza selalu alami apa yang akak alami. semoga cepat sembuh...

Azma said...

@Naimatul Hafizah Nor Rodin mekasih fiza..semoga sofie pun cpt sembuh..

ibu aliff dan azwar said...

ade kwn koi, die rendamkan ank die dlm bathtub nk bg pns bdn die turun..ermm boleh jugek kite praktikkan bile ank demam..takde bathtub besen pun jadi tapi awas, kena pantau anak berendam dlm besen tu takut nanti jadi kes lain..naya...

Azma said...

@ibu aliff dan azwar betul tu..jgn tinggalkan tanpa pengawasan walaupun sekejap. Bahaya..